Saturday, February 15, 2014

[INFO] KHASIAT DAUN INAI

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab 'Hina' yang bermaksud ubat.










Kandungan
Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.


Kegunaan Dalam Kesihatan dan Kecantikan
Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.


  • Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.


  • Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.


  • Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang.


  • Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.


  • Air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan.


  • Malah, penyakit-penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai.


  • Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.


  • Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis atau lebih dikenali sebagai sakit kuning yang selalu dihadapi oleh bayi-bayi yang baru lahir dan hati yang membengkak.


  • Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit.


  • Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada.


Sumber: Yahoo

Tuesday, January 28, 2014

[BEBELANKU] LUAHAN TAK BERTAJUK

Tak perlu sombong dan terlalu angkuh akan apa yang kita miliki hari ini...


Kita tak punya apa-apa pun...


Hanya pinjaman dari yang Esa...


Namun...


Manusia selagi bergelar manusia...


Riak...


Takbur...


Bongkak...


Bengkeng...


Penindas...


Ingat ye...


Tak guna nak meninggi diri...


Tipikal orang Asia... Kontot-kontot


Ada pula bersikap 'hidung tinggi'...


Tapi hidung orang Malaysia ni, tetap pesek bak pelepah kelapa... (Itu pun masih lagi tak bersyukur, nak mengepit hidung jadi mancung... Nauzubillahiminzalik).


Ingatan buat diriku dan sesiapa sudi diingati...


ALLAH PUNYA SEMUA... Bukan kita...


Kita hanya menumpang merasai kenikmatan hanya sementara.
Ada masanya, ALLAH akan tarik balik... Bersyukurlah apa yang telah diperolehi... Dan dah dapat tu, jangan sombong... Jangan riak... Jangan takbur...

[INFO] KURMA BOLEH LANGSINGKAN BADAN

Setiap kali hampir bulan Ramadan, pasti buah kurma menjadi pilihan sebagai juadah bersahur atau berbuka. Kenapa jadikan kurma sebagai 'buah bermusim' sahaja sedangkan banyak khasiat kurma yang boleh kita perolehi termasuklah untuk menguruskan badan.


Apa kata jadikan kurma sebagai hidangan makan malam. Gantikan makan malam seperti nasi dan lauk pauk dengan kurma. Cuba amalkan ini dalam masa sebulan pasti kita akan nampak hasilnya. Bukan sahaja akan menjadi kurus tetapi juga sihat.

Ini kerana buah kurma kaya dengan 'potassium' yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.

Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan.


Buah kurma ini boleh juga dipelbagaikan cara pemakanannya. Selain dari memakannya secara mentah, boleh juga dibuat jus kurma. Jangan risau, cara membuatnya juga adalah mudah.


Siapa sangka dengan buah kurma dapat menguruskan badan. Tapi kita haruslah melakukannya secara konsisten. Janganlah hanya bergantung kepada buah kurma sahaja, tetapi lakukan juga senaman menyihatkan badan yang lain agar kita bukan sahaja kurus tetapi dapat membentuk tubuh seperti yang diidamkan.


P/s: Artikel ni bukan saya yang punya. Saya hanya blog untuk rujukan untuk diri sendiri dan perkongsian bersama. Anda boleh klik pada link kat sumber... Selamat membaca...


Sumber: Tupai