Saturday, June 30, 2012

[BEBELANKU]: Hari Yang Ummm

Bismillahirrahmanirahim.

6.30 pagi dah jalan. Selalu gi keja 5 minit sebelum 9.00 baru nak gerak. Faham jerlah awal-awal pagi. Dahlah kena bangunkan oleh budak kecik si Danish. Semangat dia ni hari nak ke sekolah abang dia kat SMK Kubong. Sempat pulak saya ngan Mak Usu dan Danish bersarapan di Saifurina Cafe and Catering. Sebab teringin nak makan mee sup berubut. Awal-awal pagi memang best. Order kejap jer sampai, belum ramai lagi orang yang berkunjung.

Pas tu, sambung perjalanan. Taklah jauh mana pun. Total distance dari rumah ke SMK Kubong adalah dalam 12 km. Nasib hari ni hari Sabtu. Kereta taklah banyak mana pun kan. Tapi budak-budak skolah, skolah ganti pulak ni hari. Patut pun saya lalu kawasan sekolah, da bebudak ke sana ke mari.

Kalau ikutkan program kat sekolah Irfan ni dalam 7.30 pagi. Kami sampai pun 5 minit lagi sebelum 7.30. Tapi, biasalah janji Melayu... Memang program lari dari jadual sepatutnya. Bukan apanya, hari ini hari keja macam biasa. Jadi kekangan masa buatkan nak cepat jer program tu. Tapi dah pesan kat bos, saya mungkin masuk akhir. Cuma, takkanlah akhir sangat. Bayangkan kami menunggu kedua-dua program bermula, menunggu dalam 2 jam. Danish naik boring dah. Saya lagilah. Penghabisannya, permainan Angry Bird menjadi pemecah kebosanan kami berdua. Mulut saya ngan mak si Danish pot pet jugaklah.

Tunggu punya tunggu, dalam 9 suku, baru bermulalah guru-guru ni bagi taklimat. Taklimat pasal penambahbaikan PBS. Mula Tingkatan 1 tahun ni kan, tak ada lagi PMR. Kalau ikutkan Irfan tahun 2014. Bertuahlah badan. Sama jugak budak darjah 1 tahun lepas, bermula mereka, takkan ada UPSR lagi. Jadi PBS akan mengambil alih 100%. PBS stands for Pentaksiran Berasaskan Sekolah, exam kebangsaan tak ada, tapi tak boleh nak relax bebudak ni. Semuanya dinilai dari segala aspek. Bla... Bla.. Bla... Saya naik mengantuk dah. Ngan tido tak cukup lagi. Memang dalam dewan tu semua mak bapak pelajar. Hanya beberapa yang menempek kat situ termasuk saya. Sayakan driver jer. Kadang boleh jadi penjaga. Hehehhehehe....

Dah abis taklimat, menunggu lagi. Mak Usu saya tu, bertemu guru kelas Irfan, mengambil slip keputusan peperiksaan kelas terbaru. Sempat cit cat ngan guru tu. Biasalah Hari Bertemu Pelanggan. Nasiblah Irfan ni budak baik(puji sat), tak ada masalah disiplin(macam ai,kakak sepupu dia..hehehhehe...). Cuma 2 matapelajaran Matematik dan Geografi je, ada turun sikit.

Bagi saya 2 subjek tu senang. Betul, Geografi memang kena faham. Kalau nak senang faham, banyakkan membaca, kalau malas, tengok tv channel National Geography, Discovery Channel. Tu bukan sahaja, ilmu geografi, ngan ilmu sains sekali. Macam saya semasa zaman PMR, bukannya ada Astro. Harapkan pembacaan dari pelbagai bahan bacaan. Tv pulak cuma ada 3 channel utama, kalau da dokumentari memang tak lepaskan peluang. Cuma result PMR saya untuk geografi ialah B. Kalau melukis peta, memang failed. Sebabnya, masa kerja kursus tu lah yang bikin result ala kadar. Lukis peta dunia, macam ntah apa-apa jer. Tapi matematik. That's my favourite subject at school. Main nombor je. Saya lagi sukeeeee..... Setiap subjek yang penuh ngan abjad dan bahasa. Dan matematik hanya bermain dengan nombor(bukan nombor ekor ye). PMR pun gred matematik saya A..... 

Ok, stop Maria.. That's too much... Talabih sudah..

Lepas sesi 'bertemu pelanggan' kami pun menuju ke bangunan sekolah utama. Ada 3 program dilakukan serentak. Pertama tadi, taklimat pasal PBS. Then, sesi bertemu pelanggan. Next programme is Hari Koperasi Sekolah. Sesi jualan dari pelbagai persatuan, kelab dan kelas. Meriahlah jugak. Cuma, kitorang tak tau nak beli mana satu. Dan memang penuh orang kat situ. Saya pulak risau pasal masa. Yelah, masa tu dah masuk pukul 10 pagi. Sebab kalau lambat pun masuk setengah jam pun jadi. Ni dah sejam. Lepas beli buku tambahan ngan Irfan, kitorang decided balik. Irfan memang stay kat sekolah, sebab dia dok asrama. Minggu depan barulah nampak muka kat umah.

Ingat dah boleh dengan aman. Ghupenya tak. Boleh lagi dalam pukul 10 lebih di hari Sabtu jalan nak ke bandar jammed... Makan masa lagi nampaknya. Kat Limbang ni kalau hujung-hujung bulan macam-macam aktiviti gamaknya. Dari Mara Uptown, ke aktiviti terbaru minggu ni di Dataran Jubli Emas Limbang. Minggu lepas himpunan 1 Belia Limbang. Tapi yang ni, saya tak pasti aktiviti apa. Tapi faham-faham aje lah, keta lagi banyak dari tempat letak keta. Jangan ingat Limbang ni kecik je bandarnya, tapi kalau jalan tengah jammed, kalah dari bandar besar.. Padat ngan keta...

Akhirnya saya sampai tempat keja dalam 11.30 pagi. Bagus tul pekerja Madam Tiong ni. Masuk akhir. Tapi dah minta awal-awal pun. Dan sampailah di saat entri ini...

Psst
> Berubut tu perut lembu/kerbau. Kalau ngomong jawo, babat.
> Mood masih dalam selesema dan batuk...huhuhuuuu...
> Terasa macam dah berkeluarga je, bila dah menempek kat sekolah yang berkaitan murid-ibubapa, maunya nak berkejaran masa lagi... Serius, ni pengalaman yang mengajar kita lebih matang.
> Berkenaan PBS, ada sedikit ketakpuashatian saya, iaitu budaya membodek. Kalau bodek ngan prestasi pelajaran yang baik tak apa. Satu lagi, kalau mak bapak mereka guru di sekolah yang sama ngan anak dia belajar, tu lagilah saya tak puas hati. Mestilah mereka nak anak mereka dinilai baik-baik sahaja kan.

No comments: