Wednesday, December 7, 2011

Rabu Ni Hari Nak Mengayatlah Pulak

Assalamualaikum...

Hari ni hari Rabu... Apalagi banyaklah entry pasal Wordless Wednesday kan. Tapi aku nak more word hari ni. Serius aku tak tau nak buat entry pasal apa. Nak buat resepi masak-masak, aku tengah keja hari ni. Nak bagi info, banyak lagi blog informasi boleh diterjah. Kang aku buat blog macam gitu, ntah ada orang terjah atau tak ye... Nasib skang ni, sistem tergendala. Jadi urusan jual-beli pun tergendala...

Oklah, nak tanyalah pada pembaca... Sapa pernah kena kejar anjing jika anda tengah berbasikal takpun bermotorsikal. Kalau kereta selamatlah sikit... Yang berjalan lagilah parah kalau kena kejar. Masa dululah, masa kecik-kecik. Nakal, dok kampunglah katakan. Dah tu kampung macam-macam bangsa ada kan... Kalau budak kampung yang bergeng-geng, tak heran kalau reti mana satu jalan shortcut nak gi sana sini. Tu baru jalan kaki. Sampai kena kejar sebab tak awas kat satu rumah cina tu, punyalah banyak anjing. Aku and the gangs, saja nak lalu depan umah cina tu jer, sebab selalu kat situ shortcut kitorang. Memula, anjings(banyak tu..) tegak berdiri tengok jer. Aku and the gangs ngan selamba badak jer lalu. Tapi memang ada dengar anjings kat umah tu menderamlah. And then, satu saat jer, anjings kejar kami. Aku tak pasal-pasal naik umah orang, gangs aku pun sama, ada siap masuk umah orang lagi, dah takder salam-salam lagi. Dan yang sedihnya, ada sorang kawan aku kena gigit. Slalu umah tu takde anjing pun. Ntah apa hangin tuan rumah tu bela anjings. Ganas lagi tu. 

Sebab tu aku fobia kalau anjing berlari-lari walaupun bukan nak kejar aku pun... Aku bawak motor pun ada gak anjing nak kejar. Dahlah kat jalan besar lagi tu. Sapa dok Limbang tau kat mana. Depan SMKL, ada sebuah umah kat bukit. Anjings(2,3 ekor jugaklah) dia kalau lepas, macam tak penah tengok manusia bermotosikal rasanya. Aku hari tu., balik dari keja, aku taklah bawa laju mana pun, lalu jer depan SMKL, nampak dah anjings kat situ berkejar-kejaran sesama mereka. Aku ingat gurau senda jer. Dah tu, ada sekor tu, aku tengok kat side mirror, tengah kejar aku. Aku apalagi, terus memecut mengalahkan Rossi Valentino(betui ka??).. Sebenarnya, anjing sekor tu dah menggigit pun kat belakang motor aku. Nasib aku pecut kalau tak... Tak pasal-pasal aku masuk ICU... Kemalangan sebab kena kejar anjings. Tapi memang tak gunalah owner anjings tu. Suka-suka hati nak lepaskan, kat jalan besar lagi, ganas lagi tu. Rupanya bila aku cerita ngan orang kat umah, ramai lagi dah kena. Hmm.. Ntahlah, mungkin patut kena remind kat owner anjings tu. Bahayalah... Kalau orang lain tak awas, macamana. Boleh kena dakwa owner anjings kat situ. Pagi tadi pun sama, anjings kat situ relaks kat luar pintu masuk... Ye, kat luar... Kalau datang hangin anjings tu, abislah sapa-sapa lalu situ.

Bila kisah anjing kejar orang, terutamanya orang tidak berdosa dan tak bersalah(kalau penjahat tak apalah juga,kejar dan baham jer terus), teringat pulak kat arwah mak. Arwah pernah ceritalah, kisah kena kejar anjing. Arwah pernah pesan kat aku, kalau kami kena kejar, pas tu ada tuan dia kat situ-situ, balinglah batu atau apa yang sempat dicapai ke arah tuan dia. Sebab anjing ni dengar arahan tuan dia. Sepatutnya, dalam kes mengejar orang yang tak bersalah, tuan anjing ni sepatutnya mengarah anjing dia supaya berhenti mengejar. Bukannya mangsa tidak berdosa itu jadi bahan jenaka ye. Kalau ikutkan, pelik sikitlah bila arwah mak pesan macam tu. Dah besar ni, baru aku faham. Kena tengok cerita DOG WHISPERER kat channel National Geografic yang si Cesar Millan jadi penjinak anjing. Konsep dia lebih kurang arr.. 

Arwah aku penah baling batu kat satu amoi ni. Tengah-tengah arwah membersihkan kawasan luar rumah(masa dok kat perumahan dah), tiba-tiba sekor anjing kecik ni, menyalak kat arwah. Dah tu, owner dia lenggang-lenggang berjalan. Makin menyalak makin menjadi. Siap nak kepung arwah lagi. Memula arwah cuma buat bunyi mengusir sahaja. Tapi makin galak menyalak tu, tuan anjing kaku berdiri tak jauh dari kawasan tu. Arwah mak apalagi, dia amik batu kecik, then arwah bukan baling kat anjing tu, dia baling kat amoi tu. Dah kena baling tu, apalagi baru terhegeh-hegeh panggil balik anjing dia. Tak boleh nak marahlah, memang nampak silap amoi tu kan. 
Tau kawasan situ kawasan orang beragama Islam, kalau nak bawak anjing bersiar-siar pun, faham-faham ya. Kalau tak mengganggu, tak apalah juga kan...

No comments: