Tuesday, December 13, 2011

[INFO]: Senarai Yang Di-Pertuan Agong

Assalamualaikum...
Oleh sebab minggu ini minggu pelantikan baru Yang Dipertuan Agong, jadi saya ingin berkongsi senarai Yang Dipertuan Agong dari dulu sampai sekarang. Sekadar untuk berkongsi pengetahuan dan untuk diri saya juga. Mana tau, nanti ada exam SPA akan datang, sebelum exam itu senarai ini boleh jadi rujukan bersama.

Copy and paste dari mStar Online dan gambar saya amik dari Google:

Senarai Yang Di-Pertuan Agong
KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong.


1. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
 
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama)
Ditabal: 2 Sept 1957
Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 - 1 April, 1960

2. SULTAN SELANGOR
Img agung2 2.gif
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah
Mangkat: 1 Sept 1960
Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua)
Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman)

3. RAJA PERLIS
Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Mangkat: 16 April 2000
Ditabal: 4 Jan 1961
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1960 - 20 Sept 1965(Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun)

4. SULTAN TERENGGANU
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Mangkat: 20 Sept 1979
Ditabal: 21 Sept 1965
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 - 20 Sept 1970

5. SULTAN KEDAH
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Ditabal: 20 Feb 1971
Tempoh Jawatan: 21 Jan 1970 - 20 Sept 1975
6. SULTAN KELANTAN
Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Mangkat: 29 Mac 1979
Ditabal: 28 Feb 1976
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1975 - 29 Mac, 1979

7. SULTAN PAHANG
Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Ditabal: 10 Julai 1980
Tempoh Jawatan: 26 April 1979 - 25 April 1984

8. SULTAN JOHOR
Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
Mangkat : 23 Jan 2010
Ditabal: 15 Nov 1984
Tempoh Jawatan: 15 April 1984 - 25 April 1989

9. SULTAN PERAK
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah
Ditabal: 18 Sept, 1989
Tempoh Jawatan: 26 April 1989 - 25 April 1994

10. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Mangkat : 27 Dis 2008
Ditabal: 22 Sept, 1994
Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 - 25 April, 1999

11. SULTAN SELANGOR
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
Mangkat: 21 Nov 2001 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11)
Ditabal: 23 Sept 1999
Tempoh Jawatan: 26 April 1999 - 21 Nov 2001

12. RAJA PERLIS
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Ditabal: 25 April 2002
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2001 - 13 Dis 2006

13. SULTAN TERENGGANU
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Ditabal: 26 April 2007
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011

14. SULTAN KEDAH
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Dilantik untuk kedua kali)
Ditabal:
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2011






- BERNAMA

Pengawal Penjara Robotik

Dipetik dari Wired.Co.UK:

South Korea to trial robotic prison guards


A jail in the city of Pohang, on the east coast of South Korea, is about to run a trial of replacing its human prison guards with robots.
The project, which is sponsored by the Ministry of Justice, will run for a month and cost 1 billion won (about £560,000). The bots will patrol the corridors of the prison at night, monitoring for sudden or unusual activity and acting as a communication channel for when inmates need to contact guards.
Unlike CCTV, though, the robots will not only observe and record the prisoners' behaviour, but also analyse it for behaviour out of the ordinary, which it can then collect extra data on by moving its position. If anything odd is detected, human guards will be alerted who can then investigate further.
Lee Baik-chul of Kyonggi University, who is leading the project, told the Wall St Journal: "The robots are not terminators. Their job is not cracking down on violent prisoners. They are helpers. When an inmate is in a life-threatening situation or seriously ill, he or she can reach out for help quickly."
The bots, which have been designed to look "humane and friendly" will roll onto cell blocks from March 2012.
Tu dia... Inovasi dari Korea Selatan. Mengurangkan kes rasuah ni... Aku tak taulah apa yang pro dan cons pasal penggunaan robot pengawal penjara. Cuma, kalau banduan dalam penjara tu jenis gadget freak, abislah robot-robot ni. Abis kena hack kan.... Apa-apapun, sudah semestinya pihak berkenaan sudah menimbang tara penggunaan robot dalam penjara.
Tapi apa kata anda mengenai inovasi Korea ini?

Psst:
Dari aku gaduh pasal K-POP ni, baik aku tengok Korea punya teknologi.... At least, kita boleh tau perkembangan, mana tau suatu hari nanti ada point nak jawab soalan exam nak keja. Dari K-POP, apa barang. Macamlah artis K-POP ni bagi kesenangan kat korang... Kang KEPAP padan muka... 

Friday, December 9, 2011

What's Make Our Parents Smile?


Psst:
Be greatest human to our parents to make them proud. Don't let their smile fade away because the mistake we done.....

Silent

Wednesday, December 7, 2011

[WORDLESS WEDNESDAY]...3

Wordless pulak dah....



Source: Best Quotes@Facebook

Rabu Ni Hari Nak Mengayatlah Pulak

Assalamualaikum...

Hari ni hari Rabu... Apalagi banyaklah entry pasal Wordless Wednesday kan. Tapi aku nak more word hari ni. Serius aku tak tau nak buat entry pasal apa. Nak buat resepi masak-masak, aku tengah keja hari ni. Nak bagi info, banyak lagi blog informasi boleh diterjah. Kang aku buat blog macam gitu, ntah ada orang terjah atau tak ye... Nasib skang ni, sistem tergendala. Jadi urusan jual-beli pun tergendala...

Oklah, nak tanyalah pada pembaca... Sapa pernah kena kejar anjing jika anda tengah berbasikal takpun bermotorsikal. Kalau kereta selamatlah sikit... Yang berjalan lagilah parah kalau kena kejar. Masa dululah, masa kecik-kecik. Nakal, dok kampunglah katakan. Dah tu kampung macam-macam bangsa ada kan... Kalau budak kampung yang bergeng-geng, tak heran kalau reti mana satu jalan shortcut nak gi sana sini. Tu baru jalan kaki. Sampai kena kejar sebab tak awas kat satu rumah cina tu, punyalah banyak anjing. Aku and the gangs, saja nak lalu depan umah cina tu jer, sebab selalu kat situ shortcut kitorang. Memula, anjings(banyak tu..) tegak berdiri tengok jer. Aku and the gangs ngan selamba badak jer lalu. Tapi memang ada dengar anjings kat umah tu menderamlah. And then, satu saat jer, anjings kejar kami. Aku tak pasal-pasal naik umah orang, gangs aku pun sama, ada siap masuk umah orang lagi, dah takder salam-salam lagi. Dan yang sedihnya, ada sorang kawan aku kena gigit. Slalu umah tu takde anjing pun. Ntah apa hangin tuan rumah tu bela anjings. Ganas lagi tu. 

Sebab tu aku fobia kalau anjing berlari-lari walaupun bukan nak kejar aku pun... Aku bawak motor pun ada gak anjing nak kejar. Dahlah kat jalan besar lagi tu. Sapa dok Limbang tau kat mana. Depan SMKL, ada sebuah umah kat bukit. Anjings(2,3 ekor jugaklah) dia kalau lepas, macam tak penah tengok manusia bermotosikal rasanya. Aku hari tu., balik dari keja, aku taklah bawa laju mana pun, lalu jer depan SMKL, nampak dah anjings kat situ berkejar-kejaran sesama mereka. Aku ingat gurau senda jer. Dah tu, ada sekor tu, aku tengok kat side mirror, tengah kejar aku. Aku apalagi, terus memecut mengalahkan Rossi Valentino(betui ka??).. Sebenarnya, anjing sekor tu dah menggigit pun kat belakang motor aku. Nasib aku pecut kalau tak... Tak pasal-pasal aku masuk ICU... Kemalangan sebab kena kejar anjings. Tapi memang tak gunalah owner anjings tu. Suka-suka hati nak lepaskan, kat jalan besar lagi, ganas lagi tu. Rupanya bila aku cerita ngan orang kat umah, ramai lagi dah kena. Hmm.. Ntahlah, mungkin patut kena remind kat owner anjings tu. Bahayalah... Kalau orang lain tak awas, macamana. Boleh kena dakwa owner anjings kat situ. Pagi tadi pun sama, anjings kat situ relaks kat luar pintu masuk... Ye, kat luar... Kalau datang hangin anjings tu, abislah sapa-sapa lalu situ.

Bila kisah anjing kejar orang, terutamanya orang tidak berdosa dan tak bersalah(kalau penjahat tak apalah juga,kejar dan baham jer terus), teringat pulak kat arwah mak. Arwah pernah ceritalah, kisah kena kejar anjing. Arwah pernah pesan kat aku, kalau kami kena kejar, pas tu ada tuan dia kat situ-situ, balinglah batu atau apa yang sempat dicapai ke arah tuan dia. Sebab anjing ni dengar arahan tuan dia. Sepatutnya, dalam kes mengejar orang yang tak bersalah, tuan anjing ni sepatutnya mengarah anjing dia supaya berhenti mengejar. Bukannya mangsa tidak berdosa itu jadi bahan jenaka ye. Kalau ikutkan, pelik sikitlah bila arwah mak pesan macam tu. Dah besar ni, baru aku faham. Kena tengok cerita DOG WHISPERER kat channel National Geografic yang si Cesar Millan jadi penjinak anjing. Konsep dia lebih kurang arr.. 

Arwah aku penah baling batu kat satu amoi ni. Tengah-tengah arwah membersihkan kawasan luar rumah(masa dok kat perumahan dah), tiba-tiba sekor anjing kecik ni, menyalak kat arwah. Dah tu, owner dia lenggang-lenggang berjalan. Makin menyalak makin menjadi. Siap nak kepung arwah lagi. Memula arwah cuma buat bunyi mengusir sahaja. Tapi makin galak menyalak tu, tuan anjing kaku berdiri tak jauh dari kawasan tu. Arwah mak apalagi, dia amik batu kecik, then arwah bukan baling kat anjing tu, dia baling kat amoi tu. Dah kena baling tu, apalagi baru terhegeh-hegeh panggil balik anjing dia. Tak boleh nak marahlah, memang nampak silap amoi tu kan. 
Tau kawasan situ kawasan orang beragama Islam, kalau nak bawak anjing bersiar-siar pun, faham-faham ya. Kalau tak mengganggu, tak apalah juga kan...