Tuesday, August 17, 2010

Bila Lagu Raya Telah Berkemumandang

Musafir di Aidilfitri.... Syahdu btul lagu tu... Wei, hari ni baru hari ke-7 berpuasa... Bukan 7 hari lagi berpuasa... Kedai sebelah ni dah pasang lagu raya... Mentang2 jual CD...Pasanglah lagu lain dulu... Dah 10 hari lagi puasa barulah pasang... Apalah korang ni....

Be Realistik, Dude....

Salam Ramadhan untuk semua...

Hari ni pepagi dah mula menaip... Tak per, janji updet blog ni... Kalau sebelum ni, ganti diri digunakan adalah saya. Apa kata hari ni tukar kepada aku...

Dalam dunia ni banyak betul ayat yang ada penambahan perkataan -tik.... Materialistik, idealistik, statistik(oppss..masuk jugak ke?). Satu lagi, mana yang sempat disebut, realistik...

Aku nak citer pasal realistik... Dalam kehidupan kita semuanya real... Tak ada khayalan, tak ada cerita yang disenandungkan... Semuanya benar(atau real bak kata omputeh)... Kehidupan yang telah tersurat oleh Allah SWT.

Back to story... Semalam kan, aku ada baca salah satu blog, blog yang aku sendiri follow... Dia ni kalau bercerita memang bersungguh... Tak kisahlah blog dia pasal apa. Tapi kalau mengutuk, kan main lagi. Siap mengaitkan orang lain. Aku tak nak bagitau sapa la kan. Sehebat-hebat dia blogging, tersirat sikap yang mengjengkelkan... Nak mengutuk je... Macamla dia sorang betul sangat. Sikap tak tidak realistik langsung...

Aku tau lah dia anti-Celcom.. Tapi toksah nak kutuk bagai nak gila servis Celcom. Aku ni bukan nak backing Celcom. Tak semestinya aku keja ngan dealer Celcom aku mati2 nak backing Celcom plak. Dalam hal ini, kita jadi realistik. Mungkin dia dok KL, nak guna broadband Maxis, gunalah. Sebab sana servis Maxis laju berbanding Celcom.

Bagi kami yang tinggal di kawasan kategori luar bandar, hanya Celcom sahaja yang memenuhi kehendak kami. Aku dulu pernah pakai Maxis gak. Time blaja kat UPM. Bila kebanyakan cosmet guna Maxis, aku pun guna Maxis. Jimat punya pasal. Memang dok bandar Selangor n KL, memanglah best... Tapi bila balik kampung, pedih betul ati tengok coverage ciput... Kadang hanya dapat 2 barr coverage je. Tue pu dah tak dpt nak msj/call. Paksa lah guna henpon lauya punya baru dpt. Tu pun limited sangat. Yelah sedari dulu dah Celcom menguasai kebanyakan kawasan luar bandar di Sarawak. Mana2 cikgu dari Semenanjung, terpaksalah guna Celcom untuk berhubung ngan yang tercinta kat seberang sana.

Jadi kalau ikutkan keadaan dan tempat, kita perlu realistik. I bet, kalau da sesiapa datang bawa broadband Maxis di tempat kami yang berkawasan luar bandar, akan menyumpah2 servis yang amat teruk kerana Maxis kat sini taklah sampai tahap 3.5G.... Aku pun kadang2 mengamuk gak kalau broadband Celcom lambat atau tak dapat guna....

Aku ni slalu gak menemui pelanggan menyumpah seranah Celcom lambat la, padahal 1 tempat ngan aku... Alih2, penggunaan volume allocation mereka telah mencapai tahap yang dibenarkan. Dari memula sign kontrak dah bagitau, yang penggunaan masa adalah unlimited tapi volume allocation nya ada limited ye... Ada pulak tu, customer marah bagai nak rak kat aku, tengok bil, talian broadband dah kena barred... So, janganlah nak salahkan orang lain pasal tak bayar bil ye, mangkuk.......

Moral of the story, kadang2 kita perlu jadi realistik dalam segala hal padahal kita tidak dapat terima... Buat saudara Z*****, diharap anda dapat bersifat dewasa(padahal dah beranak-pinak), realistik ye... Blog je gempak, tapi kalau mengutuk memang terserlah keperibadian anda... Aku minta maaflah kalau terasa ke apa... Ini hanya teguran ikhlas dari pengikut blog anda....

Monday, August 16, 2010

Kamus Dialek Sarawak...Tema Puasa

Berbuka puasa( Bahasa Melayu Standard)- breakfasting(omputeh nyer)...

Dalam Bahasa Melayu Sarawak lain sikit ayatnya... Itu pun ikut dialek tempatan masing2....
Tapi paling koman la:
Sungkei
Meaning: Berbuka puasa.
Contoh ayat; Kitak nak sungkei pa kelak?(Awak nak buka puasa apa nanti?)

Tapi naik utara sikit, area Limbang n Lawas, sama tapi sebutan lain:
Sungkai
Cth ayat: Nda batah lagi kita kan sungkai.(Tak lama lagi kita nak berbuka puasa).

Penyungkaian
Meaning: Juadah berbuka puasa
Cth ayat: Mari tah ke bazar dulu, kan membali penyungkaian.(Marilah ke bazar dulu, nak beli juadah berbuka)

Ok, guys... Stop kat sini dulu... Lain kali kita belajar ayat lain pulak...

Nak Pergi Ke Tak???

Salam...

Bestnya bila diri ini mendapat undangan reunion sekolah... Ada gak orang nampak saya ni... 20 November ni majlisnya... Cuma tempat tak pasti lagi. Sebab tengok ramai mana orang yang sudi datang... Tempat mesti yang ekslusif punyer... I bet... Sebabnya kalau ikutkan umur kitorang, mesti dah berkerjaya kan... Tempat mestilah yang superb ler. Saya ni kalau bab reunion2 ni saya alah sikit. Lagipun yang meng'invite' saya ni bukannya rapat ngan saya pun... Dan kebanyakan rakan2 yang dijemput adalah geng2 tukang jemput yang ramai dan saya pun tak rapat sangat... Satu lagi, bagi saya masa reunion ni, masa nak show-off... Yelah keja bagus... Kehidupan yang bagus... Tapi saya??? Hmm... Honestly, saya akan reject invitation tersebut... Saya takder keja bagus... Gaji tak besar... And saya memang takder orang akan kenal ngan saya lagi... Masa skolah pun, saya akui saya bukan budak popular... Nak kata girl next door pun takleh... Sebab girl next door kita mmg tau(kira budak nerd pun popular)... Saya ni kira underdog person... Tak siapa yang akan perasan akan kehadiran saya... Betul tak??? Pendek cerita, saya takkan hadiri mana2 majlis reunion selagi saya tak jadi somebody... I'm still nobody...

Selamat berpuasa n berbuka,geng....

Saturday, August 14, 2010

Selamat Berpuasa

Salam...
Lama dah tak menjenguk blog sendiri...But sebelum tu, saya nak ucap selamat menjalankan ibadat puasa ramadhan untuk seluruh umat Islam di seluruh dunia...
Kalau ikutkan hari dah 4 hari berpuasa. Tapi ada sesetengah negara, baru genap 3 hari. Contohnya negara jiran Malaysia. Negara yang dalam negara iaitu, Brunei. Pelikkan, negara yang serumpun dan memang diapit Malaysia, tapi puasa nya hari berlainan. Misalnya, macam tahun ni, Malaysia berpuasa 11 hb Ogos, tapi Brunei pulak esoknya. Kalau dah tak sama puasa, rayanya pun gerenti tak sama. Sepatutnya, mesti ada penyelarasan antara negara2 Asia Tenggara. Lebih2 lagi, Brunei ni terletak di dalam negara lain. Kalau ikut logik, Miri, Limbang, Lawas n Sabah pun berpuasa pada 11hb. Bak kata makcik saya(orang Brunei), mungkin ahli falak tu tengah terkedip mata masa anak bulan lalu... Tak pun, terlampau awal kot... Tapi yalah, lain padang, lain lalangnya kan... Apa2 pun diharap Ramadhan kali ini kita dapat menghayatinya dan beroleh keberkatan dari-Nya...
Amin...