TIP TENTANG KETUHAR DAN FUNGSINYA
*******************************************
Soalan yg biasa diajukan:
Ketuhar yang mana sesuai ye??
Tujuan Admin berkongsi tip semua ini adalah kerana ingin membantu anda yg
keliru dan tidak tahu fungsi peralatan elektrik yang digunakan dalam membaking @
cooking. Sebelum ini Admin pernah kongsikan tentang struktur penghasilan kek,
peralatan bakery dan bahan-bahan bakery yang banyak digunakan. Hari ini tentang
ketuhar pula.
Secara lazimnya, resepi terdapat di mana-mana sahaja yang penting kita harus
belajar seni dan selok-belok membuat kuih dan juga mendapatkan tips yang
penting. Admin harap dengan tip dan panduan yang Admin kongsikan ini secara
tidak langsung anda dapat "belajar" tentang selok belok peralatan
bakery yang ada di rumah anda.
Ok..ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang KETUHAR. Hari ini Admin
kongsikan tip dan jenis-jenis ketuhar yang berbeza.
Semoga tips ini akan mendatangkan manfaat pada anda semua.
📟 JENIS–JENIS KETUHAR
📟
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di dalam proses membuat kek, cookies,pastry dan roti, bukan sahaja kemahiran
yang di perlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik tetapi ketuhar juga
memainkan peranan yang amat penting.
S : Ketuhar apakah yang sesuai untuk di gunakan?
S: Adakah kita perlu menyediakan berlainan ketuhar untuk berlainan kek, roti
dan pastry?
Jom kita kenali dengan rapat lagi jenis jenis ketuhar yang berbeza.
📟 KETUHAR JENIS BINA DALAM (Built in Oven)
**********************************
✔Ketuhar
jenis ini memang cukup sesuai untuk kesemua jenis pembakaran. Ianya boleh
membakar roti, kek, pastry dan biskut. Bergantung kepada jenama yang anda beli,
ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasannya tidak begitu rata jika anda
membakar 2 atau 2 tingkat (2 tier baking).
✔Kalau
anda membakar biskut cara begini, anda harus rajin memusing dan menukarkan
loyang kuih anda supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to
get even baking results). Tetapi apabila membakar kek, lebih baik jika kita
membakar satu tingkat sahaja.
📟 KETUHAR YG ADA KIPAS (Oven with Fan)
*****************************
✔Ketuhar
yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastry dengan
cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika kita membakar
dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking). Tetapi apabila digunakan untuk
membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek sedikit.
💡Jadi, jika ada pilihan untuk tidak
membuka button kaedah kipasnya @ switch off (tutup kipas) apabila membuat kek,
itu adalah lebih baik (sesetengah oven ada button kipas).
💡Tetapi jika kita tidak boleh memilih
untuk menutupnya (tiada button kipas) adalah lebih baik jika kita kurangkan
sedikit masa membakar kek itu.
Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya di
ketuhar biasa, kita kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal jika kita
menggunakan ketuhar yang ada kipas ini supaya keknya tidak kering sangat.
📟KETUHAR MICROWAVE (Microwave Oven)
***************************
✔Ketuhar
jenis ini adalah seperti ketuhar
“2 IN 1” iaitu, ianya boleh di gunakan untuk fungsi “microwave” dan juga untuk
membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan. Ketuhar begini sesuai bagi mereka
yang jarang membuat kek yang besar. Jika kita membakar kek yang agak besar, ada
kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.
💡Selalunya, kita lebih menggunakan
fungsi microwavenya sahaja. Jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastry
dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek
yang di bakar di microwave oven sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan
padat (dense).
FUNGSI – FUNGSI DI KETUHAR
=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*
- Apakah kelainan fungsi-fungsi yang terdapat di ketuhar?
- Adakah ianya boleh di gunakan untuk membakar segala macam kek dan kuih?
Mari kita tinjau kegunaan fungsi-fungsi yang berlainan ini.
👉Kebanyakan ketuhar bina dalam (built
in oven) mempunyai fungsi yang agak sama iaitu :
TOP and BOTTOM Heat
•••••••••••••••••••••••••••••••
🔥Ini cukup sesuai untuk membakar
semua jenis kek, biskut pastry dan roti. Jika kita membakar kek yang agak besar
sedikit, kita harus meletakan kek itu di rack agak bawah sedikit (lower rack to
avoid top part of cake burnt) tetapi jika membakar roti dan pastry, lebih
sesuai jika kita meletakkannya di rack tengah sahaja.
TOP HEAT Only
•••••••••••••••••••••
🔥Ramai yang keliru apabila melihat
fungsi ini. Mereka sangkakan yang Top Heat sesuai untuk membakar kek lapis!
Sebenarnya Top Heat ini lebih sesuai di gunakan apabila kita membakar
cheesecake. Jika digunakan untuk membakar kek lapis, nanti kek lapis itu akan
menjadi terlalu kering dan adakalanya garing.
BOTTOM HEAT ONLY
••••••••••••••••••••••••••••
🔥Fungsi Bottom Heat ini cukup sesuai
jika kita ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti
pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing
atau lembab. Di sinilah kita menggunakan fungsi “ bottom heat” ini untuk
memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakkan inti pizza yang diatasnya
itu.
GRILL
••••••••
🔥Inilah fungsi utama apabila kita
membakar kek lapis. Dengan menggunakan “grill”, setiap lapisan kek lapis kita
pasti menjadi dengan cantik dan tidak menjadi kering. Api grill ini juga cukup
sesuai jika kita ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging (grill
effect of chicken or roast lamb/ beef) untuk sekejap sahaja.
STEAM INJECTION
•••••••••••••••••••••••••
🔥Tidak kesemua ketuhar ada fungsi
ini. Fungsi ini cukup sesuai jika kita ingin membakar sesetengah jenis roti
seperti roti perancis . Ianya akan menggaringkan dan meranggupkan pemukaan roti
itu.
SUHU (Temperature)
••••••••
🔥Pastikan anda tahu jenis suhu oven
anda untuk mengetahui jenis masakan yang anda lakukan agar ianya tidak menghasilkan
rasa hangit atau hangus pada kuih anda semasa proses pembakaran dilakukan.
Setiap saiz oven itu mempunyai suhu kepanasan yang berbeza. Dapatkan nasihat
daripada pakar penjual sebelum membuat belian terlebih dahulu.
Semoga dengan tip yang Admin kongsikan ini anda telah mendapat ilmu yang
baru untuk manfaat anda.