Lama dah tak mencoret dari hati ke hati. Ni asyik 'copy&paste' je dari artikel lain. Dengan kredit sekali ya...
Dalam lama-lama mendiamkan diri, saya tengah mempersiapkan diri dengan ilmu seni.. Iaitu seni mengait krusye a.k.a crochet. Krusye ni bukanlah benda baru bagi saya. Arwah mak saya merupakan seorang yang ahli dalam seni krusye. Sayangnya, saya tidak berkesempatan untuk mempelajari seni krusye dari arwah mak. Melihat beliau mengait begitu mempesonakan... Cia cia cia... Tapi sayangnya arwah mak semacam tidak menggalakkan kami, anak-anaknya untuk mengikut jejak seni ini. Bahkan pantang kami mengusik sedikit mesin jahit beliau(yalah kekadang saya terpaksa menjahit sendiri kain tetas)..
Jadi, untuk meneruskan legasi seni krusye ini, saya dengan semangatnya belajar sendiri. Namun pada permulaannya, bukan suatu yang mudah kalau cakap saja tapi pelaksanaannya tak sungguh-sungguh. Mula-mula beli buku seni mengait, terbitan Karangkraf.
Namun, kalau baca saja, tak gunalah kan. Siap beli 1 hook dengan benangnya. Tapi faham buat 1 benda je dari buku ni, buat tali air (chain)... Dah tu, nak sambung lain, tak faham dan tutup buku.. Dan buku ni kemudiannya diperap sahaja. Masa tu dalam tahun 2008.
Minat ni makin membara sejak dari tahun lepas. Oklah kalau buku tak jalan, kita cuba cara lain. Belajar dari orang. Namun, orang yang pro dulu-dulu dah tak reti mengait lagi, mata tak terang dah nak mengait. Last option, Youtube. Kalau dulu anak bos saya kalau nak buat sesuatu, dia akan tengok Youtube dulu dan kemudian cuba. So, krusye pun sama. Sekali search video tutorial asas krusye, masha Allah, punyalah banyak. Kebanyakannya matsaleh punya tutorial, sungguh details dan senang.
Banyak-banyak video tutorial ni, saya 'berguru' asas krusye dari satu channel ni.; Youtube Crochet Guru
So, dari sini mempembelajaran bermula dari asas, tali air(chain), single crochet (sc), double crochet (dc), half-double crochet (hdc) dan treble crochet (tr). Kemudian berkembang ngan kaedah-kaedah lain.
Alhamdulillah, ada ilmu asas, maka mulalah ngan projek-projek seni krusye... Dari senang dan sederhana..
Insha Allah ada masa, di hari lain saya akan tunjukkan hasil latih tangan saya sebelum ini...