Monday, June 15, 2015

Allah Tetap Ada

Assalamualaikum...

Lama dah saya tak mencoret dari hati. Ada pun artikel disalin-tampal dari page FB. Artikel pengetahuan. Perangai dulu masih gak dibuat. Saya dulu, rajin menulis semula artikel berguna dari surat khabar atau majalah ke buku nota. Mungkin hobi. Bagi saya, itu mungkin salah satu cara memperbaiki tulisan, perbendaharaan kata, pengetahuan. Sambil menulis sambil membaca. Itu dulu, surat khabar jadi pilihan. Sekarang, maklumat di hujung jari saja. Yalah, saya cuma 'bookmark' jer page tu. Nak menulis sekarang ni, jarang sekali...

Ok..

Nak kata sibuk, ada jer masa nak menaip. Ini pun kira curi masa rehat menaip. Kat rumah, laptop dah tak berfungsi ngan baik. Lepas 10 minit beroperasi, mulalah 'hang'. Kalau kejap, tak apalah juga. Ini kadang rasa nak baling ke sungai Limbang, punya geram. 

Lately, saya rasa murung dan tertekan. Dipendam, makan diri. Diluah, rasa tak berguna je. Allah je faham remuk hati ni macam mana. Beban yang dipendam dari pelbagai masalah itu, buat diri tak berpijak di bumi nyata. Orang tengok saya ok, tapi jauh sudut hati, Allah.... Kalau sentap, berusaha menahan air mata gugur. Saya dah tak tahan lagi. Nak luah kat manusia lain, pun manusia ambil kesempatan. Allah jua tetap ada. Allah saja tau sakit dalam hati ini... Bila terasa begini, saya merindui arwah mak... Bila tengok kawan-kawan bertelefon mengadu masalah, berkongsi cerita dengan ibu masing-masing, alangkah bertuahnya. Saya... Ada masalah, pendam jer... Bila berdoa lepas solat, entah berapa liter air mata gugur... Mengadu kepada-Nya sepuas-puasnya... 

Allah tetap ada. Buat kita dalam mana-mana keadaan sekalipun...Cuba berusaha untuk kuatkan diri.
Tipulah tak pernah terbabas dalam perjalanan ini. Namun, selagi bernafas selagi tu, berusaha memperbaiki diri...

No comments: