Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Bila Nikmat Itu Telah Tiada
This picture I took from I Love Sarawak wall photos. Simple but meaningful... Kadang-kala yang simple itu menyedarkan kita...
Bila nikmat itu ditarik sekejap oleh-Nya, kita dengan mudah melatah. Tapi sedarkah kita sakit itu boleh menghapuskan dosa-dosa kecil(betulkan aku kalau silap ye)...
Ya, kita sihat walafiat, dapat melakukan kerja tanpa apa-apa halangan, tapi sejauh mana kita bersyukur di atas kurniaan-Nya.
Cuba kita lihat insan-insan kurang upaya. Insan-insan yang istimewa. Tidak sesempurna kita yang sempurna,namun kehidupan mereka sempurna dalam kekurangan diri. Bersyukur apa adanya.
Saturday, November 26, 2011
'Headhunter' Kembali Lagi??
Dipetik dari BORNEO POST Online:
Korang rasa-rasa macamana?? Makin aku tak kisah sangat cerita ni, makin kuat pulak cerita ni keluar. Yalah aku balik selalu dalam pukul 7 malam, dan buat pengetahuan kawan-kawan di Semenanjung sana kalau pukul 6 petang tu dah nak gelap.. Jadi kalau pukul 7 tu kira dah malam sangat. Makanya, atok ngan nenek aku asyik mengingatkan tentang 'pengait' ni.... Bila buat muka tak tau, apalagi terkeluarlah cerita 'mengerikan' dari mulut mereka...
Pemburu kepala cari mangsa di Limbang?
Posted on November 22, 2011, Tuesday
LIMBANG: Pemburu kepala kembali menagih korban! Itu cerita lisan yang cukup menggerunkan dan kini menghantui orang ramai khusus-nya kanak-kanak sekolah, kononnya pemburu kepala sedang giat ‘memburu’ mangsanya ketika musim cuti sekolah ini.
Walaupun setakat ini tidak ada bukti yang menyokong kewujudannya, cerita yang agak menyeramkan serta menaikkan bulu roma itu semakin rancak dibualkan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malah menjadi perbincangan hangat bagi penduduk Limbang.
Pemburu kepala manusia atau dikenali ‘pengait’, kononnya menyasarkan mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak untuk disimpan pada lubang tiang sesebuah jambatan bagi menguatkan struktur pembinaannya.
Difahamkan, proses tersebut dilakukan oleh pawang tertentu supaya jambatan berkenaan lebih kukuh dan tahan lama.
Kepala berkenaan kononnya untuk santapan bagi membayar ‘ganti rugi’ kepada penunggu yang mendiami kawasan pembangunan ter-utama sekali jambatan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Da-erah Pemangku Superintenden Bukhori Saffai menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin tersebut.
Beliau yang turut menerima panggilan telefon daripada orang ramai berhubung cerita itu menafi-kan sekeras-kerasnya kewujudan pengait yang menyasarkan kanak-kanak untuk dijadikan mangsa.
“Pembinaan sesuatu jambatan bukan dibuat menggunakan ke-mahiran pawang tetapi melalui jurutera yang terlatih dan pakar.
“Jangan dengar benda-benda karut ini yang kononnya pengait sedang mencari mangsa untuk digunakan bagi menguatkan dan me-ngukuhkan struktur sesebuah jambatan,” katanya semalam.
Bukhori berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika diminta mengulas berhubung isu pengait yang hangat diperkatakan penduduk Limbang sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan orang ramai.
Katanya, ada pihak sengaja memperbesar-besarkan cerita ini ketika musim cuti sekolah supaya kanak-kanak tidak merayau di luar rumah.
“Mungkin ada hikmahnya di sebalik cerita ini supaya budak-budak tidak keluar rumah ketika musim cuti sekolah.
“Namun apa yang penting ialah ibu bapa harus lebih waspada supaya anak-anak mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah dan dipergunakan pihak-pihak tertentu,” tegasnya.
Bukhori menambah, tiada laporan diterima mengenai isu terbabit setakat ini namun beliau menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan anak-anak mereka.
Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo mendapati cerita pengait mula heboh diperkatakan sejak pembinaan Jambatan Pandaruan dan ia semakin hebat diperkatakan baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Sebelum ini, isu pengait pernah menghantui penduduk Limbang sekitar awal tahun 90-an ketika pembinaan Jambatan Batu Danau giat dijalankan.
Hmmm.. Entahlah, nak percaya atau tak.. Tambah-tambah lagi pihak Malaysia-Brunei tengah sibuk menyiapkan jambatan Sungai Pandaruan, yang bakal menghubungkan Limbang, Sarawak ke Temburung, Brunei dan seterusnya ke Sabah. Sebelum ni memang pakai feri kalau nak menyeberang. Tambah tak best berbaris panjang bila tiba perayaan seperti Hari Raya khasnya, cuti sekolah. Yang Brunei nak gi Sabah, yang Malaysia ni pun sama... Aku pernah mengikuti Mak Ngah aku terperangkap dalam barisan panjang untuk menyeberang ke Limbang dalam 2 jam lebih!!! Jauhnya tak jauh mana pun... Syukur kerana para pemimpin kedua belah pihak mendengar kesusahan rakyat. Tapi yang tak bestnya, itulah kisah 'pengait'. Asal da projek pembangunan, mesti kena korban nyawa... Betul atau tidak, allahualam....
Friday, November 25, 2011
Kamus Bahasa Sarawak- Dialek Suku Kedayan 3
Peribahasa yang sinonim ngan suku Kedayan
INDA MAJAL, INDA BELUEH
Ok, aku fahamkan satu-satu
Inda atau nda-tidak
Majal-degil/keras kepala/sikap memaksa
Belueh- mendapat/memperolehi
Jadi, INDA MAJAL, INDA BELUEH, maksudnya, TIDAK DEGIL/KERAS KEPALA TIDAK MENDAPAT/MEMPEROLEHI.
Nampak pelik jer bunyi maksudnya. Ok, peribahasa tersebut lebih kurang peribahasa Melayu, DI SITU ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN.
Inda majal, inda belueh, kira kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, tak mudah putus asa, tambah sikap degil, keras kepala lagi(dalam konteks positif ye), tak mustahil sesuatu yang kita kerjakan itu menunjukkan hasilnya. Yalah sudah semestinya kita akan beroleh hasilnya.
Boleh mengunjungi group Generasi KADAYANdotCOM dan KOMUNITI KADAYAN SEJAGAT di Facebook. Nak belajar dan mengetahui dialek ni, boleh melawat group ni.
Pneumokokal
Dipetik dari Kosmo! Online - Pesona
Pneumokokal Membawa Maut
Oleh NURUL IZZA ROSLY
Pneumokokal Membawa Maut
Oleh NURUL IZZA ROSLY
MUNGKIN ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneu- mokokal itu sebenarnya.
Jika anda mempunyai anak kecil dan tidak pernah mengambil vaksin pneu- mokokal atau tidak mahu memberi- kan anak anda vaksin itu, anda perlu berfikir sekali lagi selepas anda membaca artikel ini.
Pneumokokal merupakan suatu penyakit yang berpunca daripada keha- diran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus).
Punca kematian kanak-kanak
Ia biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin.
Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10 peratus dari- padanya boleh menyebabkan penyakit yang serius.
Bakteria itu menyebabkan jangkitan invasif termasuk bakteremia/sepsis (jangkitan bakteria dalam darah), meningitis (radang membran yang menyelaputi saraf tunjang dan otak), pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).
Tahukah anda bahawa penyakit pneumokokal merupakan punca utama kesakitan dan kematian kanak-kanak di seluruh dunia?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit pneumokokal mengakibatkan sehingga satu juta kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun di seluruh dunia.
Ia meragut lebih banyak nyawa kanak-kanak berbanding penyakit AIDS, malaria dan campak secara bergabung.
“Lebih separuh daripada kejadian dan kematian akibat penyakit pneu- mokokal berlaku di rantau Asia Pasifik yang merangkumi 28 peratus daripada kematian berkaitan pneumokokus global.
“Kita perlu mendidik ibu bapa dan orang ramai tentang cara melindungi kanak-kanak daripada penyakit pneumokokal kerana kesan penyakit ini adalah amat buruk tetapi sebenarnya boleh dielakkan,” kata Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin.
Tambahnya, kaedah pencegahan berkesan perlu disediakan untuk semua kanak-kanak di Malaysia.
Di Asia sahaja, hampir seorang kanak-kanak di bawah usia lima tahun meninggal dunia setiap dua minit akibat penyakit pneumokokal.
Menurut WHO, penyakit pneumoko- kal adalah punca kematian yang boleh dicegah dengan vaksin dan imunisasi boleh dianggap sebagai cara paling cekap dan menjimatkan kos untuk mengurangkan penyakit dan kematian.
Dr. Musa yang juga Ahli Pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencega- han Penyakit Pneumokokal (ASAP) turut menceritakan pengalamannya berdepan dengan beberapa kes meli- batkan kanak-kanak yang menghidap penyakit tersebut.
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun datang dengan batuk yang berlarutan selama tiga minggu, demam panas, tidak memberikan respons terhadap antibiotik. Di hospi- tal, keadaannya lemah, nafasnya laju dan dada berombak.
“X-ray menunjukkan paru-parunya penuh dengan cecair. Apabila dikeluarkan cecair itu kita dapati bakteria pneumokokus di dalamnya. X-ray mendapati paru-parunya mengalami kerosakan yang teruk,” ceritanya.
Sambungnya lagi, kes kedua meli- batkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang telah demam selama 36 jam, masalah pemakanan (poor feeding) dan muntah.
“Dari klinik saya bergegas ke Unit Rawatan Rapi dan kami sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun bayi tersebut meninggal dunia selepas masa 10 minit.
“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia dapat dielakkan dan dapat menyelamatkan nyawa dengan memberikan vaksin,” katanya.
Jelasnya, pemberian vaksin pneu- mokokal bukan sahaja memberikan perlindungan kepada kanak-kanak, malah turut melindungi seluruh ahli keluarga kerana kuman tersebut tidak akan disebarkan kepada orang sekeli- ling.
Pemberian vaksin pneumokokal itu mampu mengurangkan penyakit tersebut kepada 99 peratus bagi mereka yang mengambilnya dan menunjukkan penurunan 60 peratus terhadap mereka yang berusia 50 tahun ke atas tanpa mengambil vaksin tersebut.
“Mengenai menjadikan vaksin ini sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), kita telah meng- utarakan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2005 lagi dan ia mengambil masa sedikit,” katanya.
Laman web pneumokokal
Sejajar dengan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung penyakit pneumokokal, Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan sokongan ASAP, Pitter Patter, parenting2u.com dan SJ Echo melancarkan sebuah laman web baharu iaitu www.abc4pneumococcal. com baru-baru ini.
Laman tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit pneu- mokokal dan menekankan hakikat bahawa penyakit itu boleh dicegah menerusi pemvaksinan.
Sempena Hari Pneumonia Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada 12 November lalu, pelancaran laman web tersebut diadakan sebagai lanjutan Kempen Sasarkan Liputan Lebih Luas (ABC) yang dilancarkan bulan Jun lalu.
Ia menyeru ibu bapa dan individu yang memperjuangkan matlamat sama untuk menyokong seruan bagi memastikan setiap kanak-kanak di Malay- sia dilindungi daripada penyakit pneu- mokokal menerusi vaksinasi.
Laman web www.abc4pneumococ- cal.com mengandungi pelbagai maklu- mat tentang segala perkara yang berkaitan dengan penyakit itu, sekali gus ibu bapa boleh melindungi anak mereka daripada jangkitan.
Kempen itu turut menggalakkan ibu bapa untuk menandatangani ikrar sokongan dalam menyeru agar pemvaksinan dimasukkan sebagai Program Imunisasi Kebangsaan.
Presiden dan Pemimpin Serantau Asia Pasifik bagi Persekutuan Organi- sasi Meningitis (CoMO), Bruce Lan- goulant memberitahu, penyakit pneu- mokokal perlu diambil perhatian.
“Saya merupakan seorang bapa kepada seorang anak yang pernah menghidap penyakit pneumokokal. Semasa berusia enam bulan, anak perempuan saya, Ashleigh menghidap penyakit pneumokokal yang menyebabkan meningitis.
“Ia menyebabkan anak saya pekak sepenuhnya, sawan dan kurang upaya dari segi intelektual. Saya merupakan salah seorang daripada ribuan ibu bapa dan keluarga yang mengalami kesan penyakit yang mengancam nyawa ini,” luahnya.
Perjuangan ibu
Beberapa ibu bapa yang hadir pada majlis pelancaran tersebut turut berpeluang melontarkan pandangan serta berkongsi pengalaman.
Pengalaman yang dikongsi oleh Zura Baharudin, 29, amat menyentuh hati pe- nulis dan membuatkan hadirin sebak.
“Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan yang baru sahaja keluar hospital Jun lalu kerana penya- kit pneumokokal meningitis.
“Pada mulanya saya tidak tahu ia adalah pneumokokal kerana hanya menyangka anak saya mengalami demam biasa. Tetapi selepas dia muntah-muntah tanpa henti, tidak kenal saya seba- gai ibunya, saya terus bergegas ke hos- pital. Anak saya dimasukkan ke ICU selama lima hari,” ceritanya menahan sebak.
Zura amat sedih melihat keadaan anaknya. Lebih terkilan apabila menyedari keadaan tersebut tidak sepa- tutnya berlaku jika dia memberikan vaksin pneumokokal kepada anaknya.
“Syukur, kini anak saya berusia 16 bulan kembali sihat dan dia membesar seperti kanak-kanak lain. Sejak keja- dian itu, saya lebih memahami apa itu pneumokokal dan mula menyebarluaskan mesej mengenainya melalui blog saya, Facebook dan memberitahu kepada rakan-rakan saya betapa pentingnya mengambil vaksin pneu- mokokal ini,” katanya.
Sebelum ini Zura pernah mendengar mengenai pneumokokal, namun dia enggan memberikan vaksin tersebut kepada anaknya.
“Ketika melihat anak saya terlantar di hospital, saya ingatkan saya akan kehilangannya selama-lamanya.
“Saya tidak mahu ibu bapa di luar sana membuat kesilapan sama yang saya lakukan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat,” ujarnya.
Bersama-sama berkongsi pengetahuan. Khas buat ibu bapa, sentiasa alert ngan perkembangan anak-anak ya...
Wednesday, November 23, 2011
Tak Best
Benda tak best.. Ataupun situasi tak best...
Masa: Dalam pukul 2 lebih
Tarikh dan Hari: 21/11/2011, Isnin
Tempat Kejadian: Pejabat Pos Daerah Limbang dan lebih spesifik lagi, Kaunter Pos Laju.
Tujuan: Mengepos dokumen, report, borang-borang ke cawangan Celcom Miri.
Masalah:
Masa: Dalam pukul 2 lebih
Tarikh dan Hari: 21/11/2011, Isnin
Tempat Kejadian: Pejabat Pos Daerah Limbang dan lebih spesifik lagi, Kaunter Pos Laju.
Tujuan: Mengepos dokumen, report, borang-borang ke cawangan Celcom Miri.
Masalah:
Ada 2 kaunter pos laju. And then, ada 2 malaun tengah berdiri di depan kaunter. Ingat buat urusan, tengok-tengok senyap je. Ghupenya yang seorang baru terkial-kial menulis borang pengeposan. Yang seorang lagi sibuk ber'sms' sambil pegang pen yang belum tentu lagi alamat hendak dipos. Bukankah semua itu, mengambil masa? Then, ada 2,3 orang lagi datang di mana telah lengkap borang dan barang pos lengkap dibungkus dan ditulis alamatnya... Tidakkah 2 malaun ini tidak reti bahasa, kalau belum siap sepenuhnya, silalah bagi peluang dulu kat orang lain, macam aku... Oleh sebab aku jenis 'peduli hapa', aku menjenguk ke arah kerani pos laju, dan dia memberi arahan mengangguk untuk berurusan... Bukannya lama pun... Bukannya amik duit. Yang 2 malaun ni, sepatutnya memberi peluang kepada orang, ataupun buat di meja atau kaunter yang tak ada orang. Jangan ingat, tak semestinya korang sampai dahulu, dah tu terhegeh-hegeh baru nak isi itu ini, kena first serve dulu... Aku rasa kerani kaunter pos laju pun boring tunggu..
Ada lagi satu tu, satu kaunter je bukak, seorang wanita baru terkial-kial nak menulis borang pos dan sampul surat. Dia tengok barisan makin panjang, tak silap ada dalam 5 orang dah. Dah siap tu, selamba badak jer dia masuk baris, yang aku rasa dia ni dakwa, dia datang awal, so kenalah berbaris kat depan... Buat makluman, walaupun korang datang awal, dah tu baru nak terkial-kial tulis borang, telefon penerima, nak tau alamat apa nak tulis, tak semestinya korang kena layan awal. Itu maksudnya, korang punya giliran samalah seperti orang baru masuk dan berbaris ikut giliran. Faham-faham sendirilah. Orang lain pun berurusan jugak, ada masa nak kena kejar jugak... Itulah orang kita...
Bila dah macam ni, aku rasa nak 'sound-track' jer malaun-malaun macam ni... Rasa macam hero pulak dah... Tapi betul apa, kadang kita penat-penat berdiri berbaris(ada sesetengah tempat ikut no.giliran,takper juga), dalam barisan tu ada orang muda sampailah orang tua... Tak merungut pun tunggu lama. Ni, awak yang malaun-malaun, senang-senang masuk baris sebab korang datang awal, tapi buat benda tak lengkap....
Saturday, November 19, 2011
Sembang Petang
Assalamualaikum....
Agak lama aku tak mengarang ayat kat rumah ni... Macam-macam benda nak cerita, cuma aku tak ada masa sangat. Kalah bos punya kerja. Kata orang, tak nak keja berat-berat tapi nak bersenang-lenang dan duit masyuk, jadilah bos... Sebab tu ramai yang keja sendiri....
Baru-baru ni UPSR keluar... Tahniah buat sepupu ku, Irfan. Walau tak dapat 5A, dapat 4A pun jadilah. Bukan senang nak skor banyak A ni. Yelah kena banyak berusaha, tambah-tambah lagi tahun ni bagi Irfan tahun sibuk bagi dia. Dari awal tahun sampai nak dekat-dekat exam besar dia, asyik tak lekat kat umah. Mana taknya, aktiviti ko-kurikulum lagi. Wakil sekolah lagi... Hari tu, pertandingan choral speaking, muka dia... Nasyid, muka dia lagi, syarahan minggu Bahasa Melayu, dia gak... Buat persembahan nasyid kat luar daerah pun dia kena pergi. Macam tak ada budak lain lagi cikgu dia ni nak harapkan. Dah tu memegang jawatan Ketua Pengawas selama dua tahun dari darjah 5 lagi. Jadi pengawas dari Darjah 4.. Bayangkan, seminggu tu, kita akan nampak muka dia dok diam-diam kat umah hanya hujung minggu saja. Hari-hari biasa, seawal mentari terbit sampai mentari nak terbenam, dia tak ada kat umah. Malam pulak, abis makan, ulangkaji, pukul 9 lebih dah tido. Alahai, begitulah kehidupan sebagai seorang budak sekolah. Dan buat pengetahuan anda semua, dia tak pernah pegi kelas tusyen pun, selain kelas tambahan yang disediakan pihak sekolah. Itupun, on off, tengok keadaan cikgu dia terutama cikgu BM dia, asyik 'bolos' jer petang-petang...
Kalau nak tau cara mak dia(Mak Ucu aku) mendidik, amat tegas tapi boleh bertolak-ansur. Oleh sebab bapak dia keja di Brunei, amat jarang balik rumah. Mencari rezeki kata orang. Jadi mak dialah yang bertanggungjawab untuk mengambil tahu pelajaran anak-anak dia. Mak dia memang garang, tapi tak pernah aku tengok lagi tangan mak atau bapak dia sampai kat badan kalau marah. Biarlah mak dia betul-betul marah, aku tengok, mak dia membebel saja. Irfan apalagi, muka selamba ngan telinga kuali dia... Berkat juga mendengar bebelan mak dia. Cuma, dah besar panjang ni, kalau asyik dimarah, memang masuk bilik saja.. Macam perempuan pulak. Tapi aku suka tengok tabiat Irfan, sebelum dia tido, dia akan bersalam ngan mak bapak dia. Siap cium pipi lagi ngan mak dia. Nak turun skolah dan ke mana-mana pun sama, dia memang akan gitau mak dia dan bersalam. Mungkin berkat dari sikap dia macam tu, Allah mempermudahkan segala urusan dia.
Bagi Mak Ucu, sewaktu kami berbual waktu petang, mak dia tidak menyangka Irfan mendapat keputusan tersebut. Dia tidak mengharap sangat kerana dia tahu kemampuan Irfan dan tidak memaksa jika dia tidak mampu mencapainya. Biarlah dia dengan kemampuan dan kebolehan dia. Tidak guna untuk memaksa dengan memukul. Tapi apa yang Mak Ucu aku amalkan ialah
Agak lama aku tak mengarang ayat kat rumah ni... Macam-macam benda nak cerita, cuma aku tak ada masa sangat. Kalah bos punya kerja. Kata orang, tak nak keja berat-berat tapi nak bersenang-lenang dan duit masyuk, jadilah bos... Sebab tu ramai yang keja sendiri....
Baru-baru ni UPSR keluar... Tahniah buat sepupu ku, Irfan. Walau tak dapat 5A, dapat 4A pun jadilah. Bukan senang nak skor banyak A ni. Yelah kena banyak berusaha, tambah-tambah lagi tahun ni bagi Irfan tahun sibuk bagi dia. Dari awal tahun sampai nak dekat-dekat exam besar dia, asyik tak lekat kat umah. Mana taknya, aktiviti ko-kurikulum lagi. Wakil sekolah lagi... Hari tu, pertandingan choral speaking, muka dia... Nasyid, muka dia lagi, syarahan minggu Bahasa Melayu, dia gak... Buat persembahan nasyid kat luar daerah pun dia kena pergi. Macam tak ada budak lain lagi cikgu dia ni nak harapkan. Dah tu memegang jawatan Ketua Pengawas selama dua tahun dari darjah 5 lagi. Jadi pengawas dari Darjah 4.. Bayangkan, seminggu tu, kita akan nampak muka dia dok diam-diam kat umah hanya hujung minggu saja. Hari-hari biasa, seawal mentari terbit sampai mentari nak terbenam, dia tak ada kat umah. Malam pulak, abis makan, ulangkaji, pukul 9 lebih dah tido. Alahai, begitulah kehidupan sebagai seorang budak sekolah. Dan buat pengetahuan anda semua, dia tak pernah pegi kelas tusyen pun, selain kelas tambahan yang disediakan pihak sekolah. Itupun, on off, tengok keadaan cikgu dia terutama cikgu BM dia, asyik 'bolos' jer petang-petang...
Kalau nak tau cara mak dia(Mak Ucu aku) mendidik, amat tegas tapi boleh bertolak-ansur. Oleh sebab bapak dia keja di Brunei, amat jarang balik rumah. Mencari rezeki kata orang. Jadi mak dialah yang bertanggungjawab untuk mengambil tahu pelajaran anak-anak dia. Mak dia memang garang, tapi tak pernah aku tengok lagi tangan mak atau bapak dia sampai kat badan kalau marah. Biarlah mak dia betul-betul marah, aku tengok, mak dia membebel saja. Irfan apalagi, muka selamba ngan telinga kuali dia... Berkat juga mendengar bebelan mak dia. Cuma, dah besar panjang ni, kalau asyik dimarah, memang masuk bilik saja.. Macam perempuan pulak. Tapi aku suka tengok tabiat Irfan, sebelum dia tido, dia akan bersalam ngan mak bapak dia. Siap cium pipi lagi ngan mak dia. Nak turun skolah dan ke mana-mana pun sama, dia memang akan gitau mak dia dan bersalam. Mungkin berkat dari sikap dia macam tu, Allah mempermudahkan segala urusan dia.
Bagi Mak Ucu, sewaktu kami berbual waktu petang, mak dia tidak menyangka Irfan mendapat keputusan tersebut. Dia tidak mengharap sangat kerana dia tahu kemampuan Irfan dan tidak memaksa jika dia tidak mampu mencapainya. Biarlah dia dengan kemampuan dan kebolehan dia. Tidak guna untuk memaksa dengan memukul. Tapi apa yang Mak Ucu aku amalkan ialah
- Ketegasan dalam mendidik terutama dalam pelajaran. Dia selalu nasihatkan Irfan, selagi bapak dia masih berkemampuan bekerja, belajarlah bersungguh-sungguh. Hanya itu harta yang mampu mereka berikan untuk dibawa sampai bila-bila. Jika tidak tegas dalam mendidik anak terutamanya pelajaran, apabila dewasa nanti anak akan mudah menyalahkan mak bapak kerana tidak tegas. Yalah pengalaman diri menjadi pengajaran.
- Jangan terlampau memanjakan anak sehingga dia tidak mampu untuk berusaha.
- Jangan terlampau mengikut kehendak anak yang akhirnya boleh memakan diri sendiri.
- Jika mempunyai ramai anak, jangan mengamalkan pilih kasih, berilah kasih sayang sama rata. Anak jika dibuat sebegitu, akan memendam perasaan kerana ketidakadilan dalam mendidik.
Point terakhir itu memang aku setuju. Aku pun mangsa pilih kasih... Kekadang aku sebagai anak sulung, terpaksa berusaha lebih seperti mengekalkan kedudukan dalam kelas, cemerlang dalam pelajaran hanya untuk mendapatkan sehelai seluar jeans. Yalah masa tu kan masih ditanggung keluarga. Apa yang diidamkan terpaksa dilupakan kerana faham akan keadaan arwah mak dan bapak aku. Tapi adik aku, tanpa perlu buat apa-apa, senang saja dapat. Kalau tak dapat pun, akan panjanglah muncung mulut yang aku rasa boleh menggantung sedozen hanger. Bila hajat dipenuhi, apalagi ke sana ke mari menunjuk. Dan bapak pernah berkata, "Biarlah dia. Anak bongsu, kena manja tak salah." Apa perasaan anak-anak lain kalau mendengar kata-kata seperti bapaku.
Oleh sebab itu, Mak Ucu mengamalkan kasih sayang sama rata buat anak-anak dia, Irfan dan Danish. Dia tidak mahu anak-anak dia jauh hati kerana sikap pilih kasih, tidak mementingkan pelajaran. Dia cuma mengharap anak-anak mendapat pelajaran yang sempurna selagi Pak Ucu berkemampuan bekerja. Dapat menumpang senang anak-anak bila dah besar...
Dan buat rakan-rakan yang bergelar ibubapa, bakal ibubapa, jadilah ibubapa yang terbaik buat anak-anak. Terbaik dari segi kesemuanya. Dan aku memasang tekad, andai aku berkeluarga suatu hari nanti, aku akan cuba mendidik anak-anakku sebaik yang mungkin, dan aku tidak akan membiarkan mereka mengalami kekurangan kasih sayang seperti aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)