Wednesday, April 12, 2017

[RESEPI] Peria Tumis Telur Asin

Resepi mudah kali ini. Cadangan lauk. Saja, mengolah bahan. Pernah terbaca satu blog, masak peria dengan telur asin. Lupa dah blog mana satu, cuma kredit buat yang empunya idea. Sedap. Pada tak suka peria ni pahit2, boleh masak ngan telur asin.

Bahan (untuk lauk 2 orang makan)
1/2 biji peria
Sebiji telur asin
Seulas bawang merah
Seulas bawang putih
2 biji cili padi (kalau nak pedas, boleh tambah)
Cili merah(dihiris)
Maggi cukup rasa
Garam

Penyediaan:

  1. Peria disiang ikut kebiasaan masing-masing. Saya lagi suka belah memanjang, dan korek bijinya dengan sudu. Lepas tu, bolehlah dihiris, tak tebal tak nipis, sedang-sedang. Saya suka rendam kejap dengan air garam. Ketepikan seketika. 
  2. Bawang dan cili padi ditumbuk kasar atau halus.
  3. Telur asin dikocok, yang kuningnya, boleh dilenyek terlebih dulu.
  4. Dah semua tersedia, barulah cuci bersih peria yang direndam tadi.
  5. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili merah, gaul kejap, dah tu masukkan peria. Gaul sebati. Baru letak sikit air, kira nak lembutkan peria tadi. Masa ni, masukkan Maggi cukup rasa bersama garam sikit. Sebab kita guna telur asin dah, jangan boh banyak garam. Secukup rasa. 
  6. Bila peria tu nak separuh masak, masukkan telur asin yang dikocok tadi. Biarkan telur tu masak setengah, baru kita gaul. Masa ni, rasa lagilah. Ok tak kemasinan. Kadang ada telur asin ni kurang asin putihnya, Kalau kurang, tambah sikit garam. 
  7. Bila dah nampak masak telur tu, dah boleh padam api. Hidangkan.

Ni hasil tangan saya, Nampak tak seberapa..Hihi.. 
Diharap perkongsian ni dapat memberi idea buat sesiapa yang suka masak dan ketandusan idea nak masak apa.

Ok, jumpa lagi di post yang lain...

Tuesday, April 4, 2017

WHAT ARE SOME SIGNS OF INTELLIGENCE?

Quora ni best juga kita ikuti. Pertanyaan simple, kita boleh dapat jawapan dari sebodoh-bodoh jawapan sehingga jawapan yang tahap tinggi kena fikir. Aku suka baca, jawapan mereka dari pelbagai latarbelakang, pekerjaan, bangsa, negara, pandangan politik yang berbeza secara berhemah. Bukan seperti segelintir netizen Malaysia ni. Kalau topik perbincangan, lebih kepada menghentam tanpa ada apa-apa kajian....
Tapi hari ni, newletters highlight tajuk ni... WHAT ARE SOME SIGNS OF INTELLIGENCE?

Banyak-banyak jawapan, CGPA baguslah, IQ tinggilah, pandai itu ini, yang ni aku suka jawapannya.