Thursday, February 25, 2016

TIP TENTANG KETUHAR DAN FUNGSINYA


TIP TENTANG KETUHAR DAN FUNGSINYA
*******************************************
Soalan yg biasa diajukan:
Ketuhar yang mana sesuai ye??

Tujuan Admin berkongsi tip semua ini adalah kerana ingin membantu anda yg keliru dan tidak tahu fungsi peralatan elektrik yang digunakan dalam membaking @ cooking. Sebelum ini Admin pernah kongsikan tentang struktur penghasilan kek, peralatan bakery dan bahan-bahan bakery yang banyak digunakan. Hari ini tentang ketuhar pula.

Secara lazimnya, resepi terdapat di mana-mana sahaja yang penting kita harus belajar seni dan selok-belok membuat kuih dan juga mendapatkan tips yang penting. Admin harap dengan tip dan panduan yang Admin kongsikan ini secara tidak langsung anda dapat "belajar" tentang selok belok peralatan bakery yang ada di rumah anda.

Ok..ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang KETUHAR. Hari ini Admin kongsikan tip dan jenis-jenis ketuhar yang berbeza.
Semoga tips ini akan mendatangkan manfaat pada anda semua.

πŸ“Ÿ JENIS–JENIS KETUHAR πŸ“Ÿ
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di dalam proses membuat kek, cookies,pastry dan roti, bukan sahaja kemahiran yang di perlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik tetapi ketuhar juga memainkan peranan yang amat penting.
S : Ketuhar apakah yang sesuai untuk di gunakan?
S: Adakah kita perlu menyediakan berlainan ketuhar untuk berlainan kek, roti dan pastry?
Jom kita kenali dengan rapat lagi jenis jenis ketuhar yang berbeza.

πŸ“Ÿ KETUHAR JENIS BINA DALAM (Built in Oven)
**********************************
Ketuhar jenis ini memang cukup sesuai untuk kesemua jenis pembakaran. Ianya boleh membakar roti, kek, pastry dan biskut. Bergantung kepada jenama yang anda beli, ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasannya tidak begitu rata jika anda membakar 2 atau 2 tingkat (2 tier baking).
Kalau anda membakar biskut cara begini, anda harus rajin memusing dan menukarkan loyang kuih anda supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to get even baking results). Tetapi apabila membakar kek, lebih baik jika kita membakar satu tingkat sahaja.

πŸ“Ÿ KETUHAR YG ADA KIPAS (Oven with Fan)
*****************************
Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastry dengan cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika kita membakar dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking). Tetapi apabila digunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek sedikit.
πŸ’‘Jadi, jika ada pilihan untuk tidak membuka button kaedah kipasnya @ switch off (tutup kipas) apabila membuat kek, itu adalah lebih baik (sesetengah oven ada button kipas).
πŸ’‘Tetapi jika kita tidak boleh memilih untuk menutupnya (tiada button kipas) adalah lebih baik jika kita kurangkan sedikit masa membakar kek itu.
Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya di ketuhar biasa, kita kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal jika kita menggunakan ketuhar yang ada kipas ini supaya keknya tidak kering sangat.

πŸ“ŸKETUHAR MICROWAVE (Microwave Oven)
***************************
Ketuhar jenis ini adalah seperti ketuhar
“2 IN 1” iaitu, ianya boleh di gunakan untuk fungsi “microwave” dan juga untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan. Ketuhar begini sesuai bagi mereka yang jarang membuat kek yang besar. Jika kita membakar kek yang agak besar, ada kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.
πŸ’‘Selalunya, kita lebih menggunakan fungsi microwavenya sahaja. Jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastry dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek yang di bakar di microwave oven sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan padat (dense).

FUNGSI – FUNGSI DI KETUHAR
=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*
- Apakah kelainan fungsi-fungsi yang terdapat di ketuhar?
- Adakah ianya boleh di gunakan untuk membakar segala macam kek dan kuih?
Mari kita tinjau kegunaan fungsi-fungsi yang berlainan ini.
πŸ‘‰Kebanyakan ketuhar bina dalam (built in oven) mempunyai fungsi yang agak sama iaitu :

TOP and BOTTOM Heat
•••••••••••••••••••••••••••••••
πŸ”₯Ini cukup sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut pastry dan roti. Jika kita membakar kek yang agak besar sedikit, kita harus meletakan kek itu di rack agak bawah sedikit (lower rack to avoid top part of cake burnt) tetapi jika membakar roti dan pastry, lebih sesuai jika kita meletakkannya di rack tengah sahaja.

TOP HEAT Only
•••••••••••••••••••••
πŸ”₯Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Mereka sangkakan yang Top Heat sesuai untuk membakar kek lapis! Sebenarnya Top Heat ini lebih sesuai di gunakan apabila kita membakar cheesecake. Jika digunakan untuk membakar kek lapis, nanti kek lapis itu akan menjadi terlalu kering dan adakalanya garing.

BOTTOM HEAT ONLY
••••••••••••••••••••••••••••
πŸ”₯Fungsi Bottom Heat ini cukup sesuai jika kita ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing atau lembab. Di sinilah kita menggunakan fungsi “ bottom heat” ini untuk memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakkan inti pizza yang diatasnya itu.

GRILL
••••••••
πŸ”₯Inilah fungsi utama apabila kita membakar kek lapis. Dengan menggunakan “grill”, setiap lapisan kek lapis kita pasti menjadi dengan cantik dan tidak menjadi kering. Api grill ini juga cukup sesuai jika kita ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging (grill effect of chicken or roast lamb/ beef) untuk sekejap sahaja.

STEAM INJECTION
•••••••••••••••••••••••••
πŸ”₯Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini. Fungsi ini cukup sesuai jika kita ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti perancis . Ianya akan menggaringkan dan meranggupkan pemukaan roti itu.

SUHU (Temperature)
••••••••
πŸ”₯Pastikan anda tahu jenis suhu oven anda untuk mengetahui jenis masakan yang anda lakukan agar ianya tidak menghasilkan rasa hangit atau hangus pada kuih anda semasa proses pembakaran dilakukan. Setiap saiz oven itu mempunyai suhu kepanasan yang berbeza. Dapatkan nasihat daripada pakar penjual sebelum membuat belian terlebih dahulu.

Semoga dengan tip yang Admin kongsikan ini anda telah mendapat ilmu yang baru untuk manfaat anda.