Siapa ada menonton APM 2012 awal bulan ni? APM tak tau? Ala, Anugerah Planet Muzik. Anugerah untuk karyawan seni di nusantara, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Pada tahun ni, Singapura menjadi tuan rumah APM.
Entri ni tidak ada kaitan dengan keglamoran APM. Kalau nak tengok fesyen artis, banyak lagi blog hiburan di alam maya ni. Kalau nak baca kritikan anugerah, pun ada di blog hiburan dan kaki kritik.
Tapi saya nak meluahkan kekaguman penggunaan Bahasa Melayu di Singapura, terutama rancangan tv bahasa Melayu mereka. Kalau orang lain sibuk menonton sebab nak tau pemenang anugerahlah, baju sapa cantik, tak cantiklah... Tapi saya suka meneliti di sebalik yang tersurat.
Memula saya dengar salah seorang penyampai anugerah menyebut perkataan ikon secara baku.. 'E-KON'.. Sebab kita jarang benor nak dengar perkataan 'ikon' ni secara baku. Selalu kita menyebut perkataan ini secara slanga Bahasa Inggeris,'AI-KON'(icon). Dari bahagian itu, saya cuba mendengar pertuturan selebriti Singapura dalam rancangan itu. Jarang sekali saya dengar mereka berbicara dalam bahasa Inggeris atau meminjam perkataan bahasa Inggeris dalam tempoh APM itu. Padahal, artis kita yang terang-terang Melayu, punyalah lorat nak guna bahasa Inggeris yang bercampur-campur ngan bahasa Melayu.
Satu lagi, yang amat ketara. Semasa Soo Win Ci bergandingan 2 orang selebriti Singapura untuk menyampaikan anugerah. Waktu tu, salah seorangnya memperkenalkan Soo Win Ci sebagai Top 5 Masterchef Selebriti Malaysia. Dia tak sebut 'TOP FIVE FINALIST', tapi sebut dengan bakunya 'PESERTA LIMA TANGGA TERATAS'.
Entri ini, hanya pandangan saya. Mungkin ada antara pembaca kata, apalah sangat kan. Ehh... Kita yang Malaysia ni bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tau. Rancangan bahasa Melayu, kalau boleh, daulatkanlah bahasa tu. Ni tak, artis lagi, mengada nak Manglish lah konon.. Kalau speaking abis tak apalah juga. Ni sekerat-kerat, apa kes... Singapura lagi yang Melayu minoriti dalam negara mereka, boleh lagi nak mempertabatkan dan menggunakan bahasa Melayu ngan baku dan baik sekali walaupun majlis anugerah 'geran' tau...
Psst:
3 negara serumpun, mestilah martabatkan bahasa Melayu,siapa lagi selain 3 buah negara ni... Takkan Thailand kot, kankunkap....