Showing posts with label video clip. Show all posts
Showing posts with label video clip. Show all posts

Wednesday, August 16, 2017

PEJAMKAN MATA - MALIQUE ft DAYANG NURFAEZAH

Pejamkan Mata – Malique ft Dayang Nurfaizah

(Malique)
Sebermula maka dipaksa diam
Dengar, patuh dan terpaku tunduk
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
Dah diragut total, cinta resiprokal
Bila dipersoal kekal equivokal
Katanya tanggal tali leher itu
Cukuplah seharian digembala
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator
Dikabur takbur shabab yang bermusim
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
Masyghur, runsing… jah

(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

(Malique)
Aku terdengar suara itu lagi
Dari tenggara namaku diseru
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
Katanya mata penamu tak mencoret solusi
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi
Manusia kan sentiasa menyakiti
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
Masa untuk koktel lorazepam, ambien, risperdal
Semoga afdal bertemu di astral
Selamat tiba kita ke republik cinta
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

(Malique)
(Hakikatnya nirvana di sana
Di sini masih lagi samsara
Cuba tak diperhambanya dunya
Sukar tapi aku cuba
Sukar tapi aku cuba ya)

(Dayang Nurfaizah)
Kembalikan senyuman
Serimu yang dulu
Kembali ke dakapan
Ku perlindunganmu
Walaupun gerhananya
Seakan tak berakhir
Selagi ku di sisi
Tak usah khuatir

(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

Thursday, October 18, 2012

[VIDEO]: JAGALAH DIRI by Jaclyn Victor

video dari Youtube

Lirik lagu:

Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali

Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada Yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu mohon  Kau
Jagalah dirinya

Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya

Psst:
Lagu soundtrack filem 29 Februari.

Monday, September 17, 2012

[VIDEO]: Blind Masterchef

Demam Masterchef dah mula kat Malaysia ni.. Pada yang minat dalam masakan dan makanan, inilah yang dinanti.. Masterchef Malaysia dah start minggu lepas. Minggu ni mulalah bootcamp... Malam tadi pun dah start tayangan US Masterchef kat Star World Astro...

Memang berbeza rancangan dua ni, walaupun francais yang sama dari Australia. Cuma yang Malaysia ni untuk musim ke-2, peserta dia nampak over-confident. Kalau masakan tu sedap, tak kisahlah makanan tradisional atau moden, tapi juri terpikat, tak apa gak. Ni, macam main-main saja masak... Dah tu yang terpilih masuk bootcamp, ya ampun, da dah siap bergaduh, sindir-menyindir...Siap mulut neraka macam AA pun ada. Kan pelik macam tu kat Malaysia... Buat menyampah adalah. Cuba macam musim yang lepas, cool jer peserta dia. Cik kak oi, ni Malaysia, adab sopan tak de ker,nak tunjuk gak ke perangai macam tu. Masakan entah apa-apalah. 

Lainlah, US... Mereka memang dilaga-lagakan antara satu sama lain, sebab US... You know I mean.... Semangat persaingan di kalangan mereka memang tinggi, memang dah tu perangai US... Tak heran kalau kita tengok reality show yang lain... But, kalau mereka dah minat tu, masakan pun, mak usu aku cakap, kalau hari-hari makan cam gitu, lari bajet.. Sungguh-sungguh mereka buat... Yelah western food.. Tapi bagi mereka, tu lah makanan harian mereka tapi diberi sentuhan moden/fusion kan.

Tapi da satu peserta ni yang memberi inspirasi buat sesiapa... Peserta pertama yang buta dalam sejarah US Masterchef(or Masterchef ever kot..), Christine Ha. Seorang pascasiswazah, pintar berkata-kata dalam berfalsafah dan ikhlas.. Seorang yang yakin apa yang dia masak, nak over-confident pun dia sedar akan kekurangan diri dia... Tapi kurangnya dia, tapi dia memiliki kelebihan yang orang jarang nak peduli.. Deria rasa dan sentuhan yang kuat... Sampai chef Ramsay, ramai peserta mengabaikan deria rasa dalam masakan.... Semalam pun Christine, merasa segala masakan dia sebelum menghidang kepada juri, dan siap berseloroh lagi, "because I'm cannot see."...... Jom jamu mata semula adegan penuh inspirasi ni:


Psst:
Ambillah dari sudut positif ya...

Wednesday, July 25, 2012

[VIDEO]: Perkahwinan Pasangan Muda Cetuskan Fenomena

Saya rasa semua dah tengok video perkahwinan pasangan muda Syafiq dan Yana kan.


Bagi saya, bila persetujuan kedua belah pihak terutamanya wali pihak wanita, kita tak perlu persoalkan. Umur? Ya memanglah muda, tapi keduanya telah baligh kan... Kiranya berdua juga dah tahu, faham dan sanggup memikul tanggungjawab sebagai suami isteri. Bila dah semua difahami dan dipersetujui, apa hak kita nak mempertikaikan. Nikah pun dah sah. Saya ni taklah pandai agama, tapi kita harus faham kenapa kan. Baca komen orang yang lebih berpengalaman dan pandai agama mengenai perkahwinan mereka ini.

Bila tengok video perkahwinan pasangan muda ni, ingat kat arwah mak. Kawen muda macam ni ke? Taklah. Tapi arwah mak selalu ugut-ugut manja kat saya, kalau tak reti masak, nak buat keja rumah, kalau da orang minang, trus arwah mak approved... Takutnya. Dahlah masa tu Tingkatan 4... Memang arr tak reti nak masak ikut tekak orang kat umah, kalau keja umah tu bolehlah buat. Macamana nak kawen kalau masak tak reti. Bila arwah cakap macam tu, sedih gaklah. Anak dia ni ada cita-cita lain, takkan nak kawen awal. Nak gak membahagiakan dan membanggakan mak bapak.

Tapi sayang, mak dah pergi dulu. Kata terakhir arwah kat saya, masa tu dia sedar kejap, "Mak tak sempat nak tengok kamu(anak-anak dia 2 orang ni) bersanding."

Sedih gak arwah mak cakap macam tu. Sempat lagi dia berseloroh kat saya, dan tak ambil pusing sangat. Tapi memang sedih bila ingat kata-kata itu...Macam keluarga Syafiq dan Yana ni, kedua mak bapak mereka mesti seronok kan, mengerjakan majlis perkahwinan untuk anak-anak mereka.. Sapa tak gembira, anak kawen, penat-penat menyiapkan majlis janji semua orang happy.

Oklah, sebelum akak ni melalut lebih jauh, akak nak ucapkan selamat pengantin baru, selamat menempuh alam rumahtangga buat Syafiq dan Yana ni. Tak kenal akak pun tak pe, janji korang popular. Diharap berbahagia ke akhir hayat kalian. Kalau da masalah tu, sama-sama selesaikan ye... Biasalah lidah lagi tergigit, ni kan pulak suami isteri.

Psst:
Buat Syafiq dan Yana, biarlah orang nak kata apa. Kita dah buat benda baik, orang pandang jahat. Yang jahat lagilah orang tengok kita jahat. Ingat satu ayat ni: Anjing hanya menyalak pada orang yang ia tidak kenal. Renung-renungkan. Selamat berpuasa ye......

Thursday, June 28, 2012

[VIDEO]: Yuna- Terukir Di Bintang

Saya sukeeeeeeeeeeeeeee...... 

Memula unofficial... But really nice.... Boleh karok sama-sama.. Hero MV pun ada si Qi Razali tu... Feel bercinta...


Then 2 days ago, the official MV had been uploaded... Also nice lah. Retro gitu... Layan jugak....


But I more prefer the first one, the unofficial. Sempoi, sesuai ngan lirik lagu ni, mengenai percintaan antara Yuna dan Qi.... Mungkin Yuna tak nak campur hal peribadi/percintaan dia ngan kerjaya seni dia kut....
Apapun, good job Yuna!!!

Friday, January 20, 2012

[Video]: CNY 2012 - Nasi lauk you never taste before ! 你从来没吃过的咖哩饭!

Pertama kali, aku tengok video ni dari blog salah seorang kawan aku, Khadijah. Masa tu aku tak dapat tengok the whole video ni. Biasalah quota broadband aku masa tu dah abis, apalagi line jadi lembab... So, keesokannya kat tempat keja aku balas dendamlah tengok video ni...


Sedih dan bangga pulak jadi anak Malaysia... Sedih sebab jalan cerita dia... Sikit lagi air mata nak mengalir.. Tak pasal-pasal hidung berhingus.. Customer pun menengok semacam jer. Nasib tak meleleh air mata..

Bangga sebab inilah video 1Malaysia tanpa ada dialog/lirik kutuk mengutuk, menghina sesama kaum.  Dan yang buat video ni aku rasa Chinese. Tak macam yang artis seorang, asal rap jer mengutuk, menghina..

Pada siapa bikin ini film, GOOD JOB!!!
And HAPPY CHINESE NEW YEAR....
Peace yo...

Thursday, May 19, 2011

Sempoi Jer


Walaupun tak faham sangat maksud lagu ni, tapi aku suka sangat... Sebab apa, sempoi dan tak memeningkan kepala... VC dia sempoi arr.. Tak yah da boob models on it.. Hanya penyanyi dan props yang bikin kita akan ingat, this is song is about his dream yang dia nak sangat-sangat menjadi kenyataan... Ya.. Siapa tak nak create dunia idaman...  

Kat bawah ni dia punya VC+lirik:

Meh bersama-sama menghayati dan memahami lirik lagu ni...