Sunday, September 11, 2011

Aku Derma Darah Lagi (aku tak tau nak letak tajuk apa daa)

Selamat berhari Ahad semua. Selalunya aku cuti hari ni, tapi dek cuti panjang pada hari raya, makanya, aku kena cover hari cuti aku dalam sebulan ni... Kalau tak potong gaji.... Biasalah jadi kuli yang jadi kuli gak(bos aku cakap tau), memang macam ni... Hahahaha....

Sebelum masuk keja tadi, sempat gaklah aku menderma darah. Mungkin aku tak kaya berkepuk-kepuk duit, tapi aku derma darah kira ok. Menderma jugak kan. Dah macam kemestian je. 3 bulan sekali, aku mesti buat. Bukan kurang darah pun. Tambah sihat adalah... Taklah kurus terus badan ni nak menderma... Aku tak kisah bentuk badan macamana, yang penting kesihatan terjaga... Ada satu pakcik yang pernah sama-sama menderma, aku dengar dia bercerita ngan kawan-kawan dia, kalau dia tidak menderma darah, dia akan rasa pening-pening. Kira suatu kaedah pengubatan jugaklah... Tak taulah kalau ada penerangan saintifik pasal ni.

Tapi paling sedih bila ada orang mengata yang aku ni menderma sebab nak makan free... Seolah-olah aku ni menjual darah demi sesuap nasi. Aku tak pernah berniat sampai macam tu. Walaupun ada masanya aku kekurangan duit pun masa tu, aku masih lagi boleh beli nasi bungkus. Aku tak kemaruk sangat ngan ayam goreng Sugarbun, sebab aku dah boring ngan ayam goreng dari restoran fastfood. Memanglah setelah menderma, kami diberi kupon makan di Sugarbun. Kira ok tau mereka bagi nasi ngan ayam goreng. Macam pertama kali aku menderma, masih kat UPM masa tu, lepas menderma dia cuma bagi kuih ngan snek-snek ringan. Tapi yang bagusnya dia bagi ubat untuk membina sel darah merah... Dapat makan atau tidak, aku tidak peduli. Orang yang mengata tu yang lebih kan...

Niat aku hanya satu. Membantu pada yang memerlukan. Aku sekarang ni pun, takda siapa memerlukan. Biasalah memasing tengah senang, mana nak ingat aku. Jadi sekurang-kurangnya ngan aktiviti ni dapat mengurangkan lara di hati ku. Walau tak mengenali orang yang amat memerlukan, tapi aku rasa bangga dapat membantu... Lepas ni aku nak mendaftar pulak menjadi penderma organ. Aku tak kisah orang cakap apa. Aku buat kerana Allah. Bukan kerana sesiapa. 

Saturday, August 27, 2011

Sudah Gaharu Cendana Pulak, Sudah Tahu Bertanya Pulak Da.....

Danish, sepupu aku ni bakal berusia 4 tahun hujung tahun ni.. Tapi badan masih lagi kecik... Kecik-kecik dia, suara besar... Antara dia ngan abang dia, Irfan, dia ni lambat untuk pandai bercakap. Skang ni dia dah petah bercakap walaupun pelat... Tak macam abang dia, umur 2 tahun dah reti berkata-kata, faham apa kita cakap... Cuma adik dia ada lambat sikit... Tapi melayan Danish memang best... Sestress mana pun kita, dia datang bermanja-manja ngan kita, hilanglah perasaan stress... Aku pun suka ngan budak-budak. Orang cakap, mungkin aku tak ramai adik-beradik, aku senang melayan budak-budak ni.

Danish ni adakalanya kelakar jugak.... Hari tu, mama dia, Mak Usu aku cerita, Danish dah boleh memahami sedikit apa yang berlaku di sekeliling dia. 

Petang tu, mama Danish seperti biasa mencuci pinggan di dapur. Danish masuk dapur nak menjengah mama dia setelah puas berlari sana-sini. 

Danish: Mama buat apa tu?

Mama Danish:  Tido.(padahal Mak Usu aku ni tengah mencuci pinggan di sinki).

Danish: Bukan jua mama tido. Basuh inggan jua tu. (Dengan muka tak puas ati ngan jawapan mama dia-aku memang tau dia macamana kalau tak puas ati).

Mama Danish: Tau pun mama buat apa. Mengapa tanya lagi....

Mama Danish memang sengaja buat macam tu, nak test Danish, sejauh mana kepekaan dia ngan sekeliling... 

Teringat pulak birthday abang dia. Aku janji dah nak beli kek, tapi tunggu aku balik keja. Siap called dia lagi jangan tido dulu. Sampai jer kat umah, tengok dah membuta si Irfan. Danish pulak excited nak potong kek abang dia.. Last-last, Danishlah on behalf abang dia potong kek. Dan Irfan, jangan haraplah nak bangun kalau dah tido... (sayangnya gambar dia potong kek dah terbuang)

Wednesday, June 29, 2011

Haiwan Yang Pakai Tudung

Di suatu petang yang aman, burung-burung berkicauan(stail Usop Wilcha bercerita dalam HKLBR)... Takdernya burung-burung berkicau.... Suatu petang, sambil di kelilingi kucing-kucing mak cik Ju aku di kedai runcitnya..... Sambil ditemani Usu Ayang dan Haris(anak mak cik Ju, sepupu aku)...

Haris: Kak,kak.. Mari kita main teka-teki...

Aku: Bah... Haris dulu...

Haris: Banyak-banyak haiwan, haiwan apa pakai tudung?

Aku: Hahahahhaaa... Ada haiwan pakai tudung ke, Ris?

Haris: Mestilah ada... Hiihiiii... Bah, apalagi jawablah....

Aku: Hurmmmm.... Apa aa??? Kucing...(sekadar meneka, otak masa tu tengah slow nak fikir..tengok kucing keliling aku)

Haris: Bukan... Mengalah???

Aku: Mengalahlah kakak... Apalah haiwannya tu??

Usu Ayang: Singa..

Aku: Singa??? Pakai tudung???(muka blurrrrrrrrrrrrrrr.....................)

Haris: Ya... Singa kan macam pakai tudung(siap demo lagi bikin aku faham ngan teka-teki ni...)

Aku: ????????????

Haris: Kakak kalah tadi.... Belanja ais-krim....

Kopak aku petang tu... Belanja Haris makan ais-krim potong jagung.... Tapi tak gak abis ais-krim dia nak, membazir aje....
Tu dia teka-teki dari budak Darjah 2.... Haiwan yang pakai tudung:
kan singa jantan ni,jantan-jantan pun pakai tudung..nampak pakai tudung tak, aku nampak rambut jer..

Friday, June 17, 2011

THE ONLY EXCEPTION by Paramore(MV+Lyric)

THE ONLY EXCEPTION
(by Paramore)

When I was younger
I saw my daddy cry
And curse at the wind
He broke his own heart and I watched
As he tried to reassamble it

And my momma swore that
She would never let herself forget
And that was the day that I promised
I'd never sing of love if it does not exist

But darling, you are the only exception
You are the only exception(3x)

Maybe I know, somewhere deep in my soul
That love never lasts
And we've got to find other ways to make it alone
Or keep a straight face

And I've always lived like this
Keeping a comfortable distance
And up until now I hold sworn to myself that I'm content with loneliness
Because none of it was ever worth the risk

But you are the only exception
You are the only exception

I've got a tight grip on reality
But I can't let go of what's in front of me here
I know you're leaving in the morning when you wake up
Leave me with some kind of proof, it's not a dream, oh...

You are the only exception(4x)
You are the only exception(4x)
And I'm on my way to believing
Oh, and I'm on my way to believing...

Thursday, June 9, 2011