Saturday, February 5, 2011

Semangat Yang Hilang

Hari ini hari Sabtu.
Tarikh hari ni 05.0.2011, dua hari selepas tahun baru Cina.
Setelah dua hari bercuti free, apalagi hari ni masuk keja balik...
Tapi mood masih lagi rasa nak cuti...
Nak cuti.... Nak cuti....
Tak der semangat nak keja buat semantara waktu....
Semangat yang hilang...


Tiba-tiba pulak terselit lagu ni...
Apa-apa pun enjoy....

Friday, February 4, 2011

Andainya Kau Mengetahui

Aku ni keja biasa-biasa aje. Bukan pegawai kerajaan mahupun penolong kanan pegawai... Bukan juga pekerja syarikat swasta besar-besar dan terkenal. Aku hanya bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah kedai biasa sahaja. Memang gaji tidaklah besar mana pun. Tak sampai riban-riban. Tapi aku bersyukur yang aku dapat mencari duit dari hasil titik peluh aku, tanpa menyusahkan orang tua aku. Aku syukur, di saat kesukaran untuk mencari kerja yang setaraf dengan ijazah ni, aku masih lagi diterima bekerja di sini walaupun kelayakan ku ini lebih dari apa yang ditawarkan... Aku tak boleh nak mengamalkan memilih kerja di saat persaingan mencari kerja yang sengit pada masa ini. Kerjalah apa yang boleh selagi halal sementara mencari kerja yang tetap dan stabil.. 

Walaupun kerja aku ini tak pernah dihargai dan direstui oleh nenek serta atok ku, aku pasrah... Jauh di sudut hati, aku kesal kerana mereka tidak pernah faham dan tidak mahu faham mengapa aku bekerja hanya sebagai pembantu jualan. Yang mereka tahu hanya menjaga air muka mereka... Nek, aku bekerja untuk mencari pengalaman kerja, walaupun bukan pegawai... Aku tak nak menyusahkan nenek menampung perbelanjaan ku. Aku tak nak jadi biawak hidup...Biarlah keja tu tak seberapa, tapi aku takkan menyusahkan sesiapa. Aku pun ada keinginan. Biarlah keinginan itu aku penuhi sendiri dengan hasil titik peluh aku sendiri tanpa menyusahkan kalian. Aku juga ingin belajar sesuatu yang baru. Sesuatu yang di luar kebiasaan. Apa salahnya aku belajar berniaga dari bangsa lain. Tidak salah kan... 

Kawan, mungkin kerja ku tidak se'glamour' kalian, tapi aku masih seperti dahulu. Tidak pernah berubah. Periang..Namun, ingatkah kalian akan aku?? Sejauh mana kalian mengingati aku?? Oh lupa pulak aku, lawa-lawa kawan aku ni berpakaian... Baju kurung sutera, heels, lawa dan segak... Aku?? Bekerja hanya t-shirt dan jeans... Bersandal/sneakers/selipar jepun kira simple. Macam kutu rayau kan??? Ooo ye.. Kalian pun tak sudi nak tegur sebab aku macam ni kan...Kan... Hmm... Sempurna sekali perangai kalian... Dan siapalah aku ni  kan... Tak setaraf dengan kalian, takder kereta cuma da motosikal(itupun atok bagi pakai); dan kalian sudah semestinya nak kawan ada kereta, senang nak bodek nak mengekor, takder barang-barang brand macam kalian, takder duit yang banyak nak belanja kalian kat tempat eksklusif. Dulu kan main, BFF.. Skang ni haram nak mampos nak ngaku aku ni kawan. Jangan kawan, ntah-ntah tak mengaku tak kenal pun ngan aku ni. Tapi takper lah, aku boleh jadi seorang pelakon yang cuba untuk tidak mengenali kalian... Tapi jangan haraplah aku akan mengaku kalian kawan aku lagi, sebab kalian tak pernah nak menerima aku seadanya. Sekali begitu, selamanya akan begitu...

Kerana aku merupakan seorang kawan yang dapat berkawan dengan siapa saja yang sudi berkawan denganku, selagi mereka berkawan menerima aku seadanya, aku juga begitu, menerima mereka seadanya....

Psst:
> Menaip di saat tengah down... Cuba menahan air mata untuk tidak menangis...
> Bos aku cakap, sikalang deglee pun sama macam SPM sudah..Susah mau cari kilija sama deglee. Kalau anak saya ada deglee, tapi tarak kilija bagus, saya suruh  kilija biasa sama saya... Malu tau tidak, itu belakang kila... Mau pandai hidup dulu.(tengok prinsip orang Cina, sentiasa mengambil sikap positif, jangan heran kalau  mereka bangsa yang cepat maju...tak heran Chinatown ada di seluruh dunia).
> Ku dedikasikan buat kawan yang pernah mengaku aku ni kawan dan siapa mengenali aku...

Sunday, January 30, 2011

Sepetang Bersama Mereka

Hari ni aku hari off aku. Bestnya rasa dapat merehatkan otak dan badan kat rumah tanpa memikirkan hal keja. Yelah hari-hari asyik memenuhi kehendak orang lain. So, hari ni layan kehendak diri sendiri. Aku pun tak berapa sihat sejak 2 hari ni. So, hari ni dapatlah berehat sepuas-puasnya... Dah petang sikit, masa nak bermain-main ngan bebudak kat umah ni(walaupun tak sihat sepenuhnya).. Terutamanya si kecik Danish and his big-brother; Irfan....
Danish ngan tricyclenya...

dia ni penat nak kayuh sebab tanah tak rata. so, nak kayuh macam berat je.

insiden dia jatuh dari tricycle. bukan menangis tapi nak ketawa saja dia jatuh

disorong, sebab tempat tu tanah tak rata

lagi dia...

penghabisan, guna kaki(berjalan) 'mengayuh'

part paling best bagi Danish, tricyclenya turun dari kawasan tinggi

suka mengopek kulit kukunya

inilah rumah tempatku menumpang teduh dan kasih(aku tinggal ngan nenek setelah arwah mak meninggal)

dia lagi...

dan lagi... it's time to go home, darling...
Psst:
> Hari yang paling santai hari tu...
> Hati jadi happy tengok budak-budak ni gelak bersama....

Wednesday, January 26, 2011

Hari-Hari

Hari-hari kena marah... Hari-hari kena maki... Hari-hari kena kutuk...
Hari-hari keja kena marah... Hari-hari keja kena maki... Hari-hari keja kena kutuk...
Cuba ko yang ganti tempat aku ni... Rasakan apa yang aku rasa....
Kalau bos marah takperlah jugak...
Kalau bos maki aku, aku tak kisah...
Kalau bos kutuk aku, kutuklah...
Sebab apa, dia kenal aku macamana... Kenal aku buat keja macamana...
Ni, yang selalu marah, maki, kutuk aku adalah PELANGGAN YANG TAK SEDAR DIRI...
Taulah, customer always right, tapi ada juga yang tak betul...
Asyik nak menegakkan benang yang basah jer.
Nak komplen, komplenlah... Tapi jangan libatkan maruah dan harga diri aku.
Siapa yang ajar jadi kurang ajar... Aku dah cuba sedaya upaya aku melayan mereka, tapi mereka asyik nak cari salah aku jer...
Bak kata Haji Bakhil dalam Labu Labi, "ku lesing karang". Padan muka hangpa...

Psst:
> Kalau rasa diri bukan pelanggan tak sedar diri, jangan amik hati ngan kenyataan aku ni...
> Pekerja wakil jualan pun manusia juga. Ada perasaan juga. Jadi pelanggan juga...

Tuesday, January 25, 2011

MOOD OF THE DAY

Mood aku tak berapa nak ok hari ni..

Mood tengah menyampah...

Omputeh cakap annoying...

kalau dah menyampah ngan orang tu, muka dia pun aku tak nak tengok



Huhh... Tolonglah... Jangan buat perangai ngengada depan aku ni...

kucing pun reti buat muka menyampah kat orang yang buat dia menyampah...
Entahlah.. Hati aku hari ni macam pelik jer tengok orang berperangai jelik. Not to hate them, but what they had done, makes me feel annoying.
 
Satu lagi, kadang yang mengedik ni selalu bikin panas telinga nak dengar. Macam ada satu minah ni. Kalau customer lelaki datang kedai dia, tak pun datang tempat aku bayar bil, mulalah suara buat-buat manja, comel konon.. Puiii...... Huhhhh.... Tapi cakap ngan sesama dia macam nak telan orang jer.  Tak penat ke, buat-buat macam tu. Cubalah natural... Plastik tol...
 
"Tengok muka aku ni dah tahap menyampah imfiniti dah. Boleh tak buat macam biasa aje"
Jangan komplen pulak aku buat muka marah... Tak pasal-pasal kena 'soundtrack' oleh aku. 
Ada faham???!!!!
 
Apa tengok-tengok...  Huhhhh.. Menyampah nyah...
Psst:
> Kalau kena ngan caranya, aku ok
> But please, kalau aku tengah dalam mood macam ni, tolong jangan banyak tanya dengan soalan putar-belit. Aku ni cepat hot....
> Aku manusia biasa. Tak lari dari kesilapan.